ZAI PERMAI RESOURCES
ZAI PERMAI RESOURCES
ZAI PERMAI RESOURCES
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
GalleryIndeksLatest imagesPencarianPendaftaranLogin

 

 Tips-tips motivasi Prof. Dr. Muhaya

Go down 
PengirimMessage
Admin
Admin



Jumlah posting : 145
Age : 54
Location : kuala lumpur
Registration date : 24.12.07

Tips-tips motivasi Prof. Dr. Muhaya Empty
PostSubyek: Tips-tips motivasi Prof. Dr. Muhaya   Tips-tips motivasi Prof. Dr. Muhaya EmptyTue 10 Jun 2014, 11:15 am

#BAhagia bukan datang dari manusia. Ia datang dari Allah yang dikurniakan kepada mereka yang ikhlas-


# LAtih diri tidak minta diri dihargai, dihormati di buat istimewa. Hidup biasa aja dan sibukkan diri menghargai bukan minta dihargai dan disebut kebaikan.


# Orang yang tidak nampak kuasa dan takdir Allah telah buta mata hatinya. Mereka hanya melihat peristiwa atau kejadian tetapi tidak melihat kuasa Allah diatas semua kejadian. Apabila dikeji mereka tidak mengambil ia sebagai cara mendapat feedback sebaliknya memarahi orang yang mengkritik dan tidak melihat kuasa yang mengizinkan kritikan itu. JIka celik mata hati mereka akan menganggap sebagai cara mengetahui kelemahan diri dan berusaha memperbaiki


#HAti yang gelap ibarat lampu yang rendah Wattnya amat sedikit yg dapat dilihat. HAti yang terang ibarat lampu Watt yg tinggi dapat melihat sejauh mungkin. Terangkan hati dgn ilmu. Apa kita surf semasa di alam maya menentukan Watt hati kita. BUat pilihan yang baik setiap saat


#JAngan sekali kita rasa berjasa memberi hidayah pada orang. Allah yang memberi hidayah. Ingatan untuk semua pendakwah dan sesiapa yang menyeru pada kebaikan. Sentiasa pulangkan semua kebaikan pada ALlah. Manusia semua alat sahaja.

#Manusia yang bermasaalah yang banyak masalah. Mereka mempunyai sikap menjadi mangsa kehidupan sentiasa mengeluh, merungut, menyalahkan orang lain, merasa rendah diri, melihat dunia dengan sikap negatif dan sentiasa meminta orang lain menyelesaikan masaalah mereka dan merayu pada manusia bukan pada Allah. Jom audit diri.


#Semoga tabiat meminta orang lain menyelesaikan masaalah peribadi hilang selamanya Dari masyarakat kita. Punca masaalah ialah diri kita. Selagi tidak melihat diri dan membetulkan diri dan kembali pada Allah masaalah tidak Akan selesai

#Bila ingat mati semua masaalah jadi kecil. Jadilah kita orang yang bijak dan mencari bekal untuk akhirat dalam segenap tindakan

#Bila manusia dekat pada Allah dan berserah dan tawakkal segalanya akan mudah dan tenang, Setiap kali kita mempunyai emosi negatif segera ubah dan ingat mati dan padang mahsyar . ini formula terbaik untuk tenang dan bahagia. Fokus pada dunia melemahkan manusia tapi fokus pada akhirat menguatkan manusia


#Setiap kali kita ada emosi atau fikiran negatif terhadapa diri dan orang lain lagi susah rezeki dan susah tercapai hajat. Lihat diri dan hidup kita sekarang. Inilah gambaran fikiran dan kebergantungan pada Allah. JIka kita degil dengan Allah henti meminta tolong dari makhuk Allah kerana Allah yang menggenggam hati manusia untuk menolong kita

#Jika kita amalkan merenung diri dan mendekatkan diri pada Allah tidak ada masaalah tetapi peluang belajar dan cara mendekatkan diri pada ALlah. HAnya mereka yang jauh dari Allah dan tinggi ego yang sentiasa mengalami tekanan dan mencari penyelesaian masaalah diluar diri mereka dan mencari sebab pada orang lain masaalah mereka

#Orang yang banyak masaalah dalam diri akan melihat banyak masaalah dalam diri orang lain dan dunia ini. Jom audit. Setiap kali kita menaip negatif pasal orang lain bererti kita kurang melihat diri sendiri. Orang yang paling tidak cerdik ialah mereka yang melihat orang lain dan ingin membetulkan orang tanpa membetulkan diri sendiri. JOm audit

Kita menarik dalam kehidupan kita apa yang kita sering fikirkan. Lihat hasil dan itulah fikiran kita. Ubah fikiran ubah kehidupan

# Manusia paling bijak ialah mereka yang sentiasa memeriksa diri dan memperbaiki diri. Setiap Kali kita menyalahkan orang lain bererti kita banyak kesalahan. Betulkan diri sebelum kita betulkan orang lain.

#Cuba lihat kehidupan dengan dengan emosi positif dan kasih sayang kerana mungkin kita akan meninggalkan dunia ini tak lama lagi.

#Seorang teman sejati akan membuat Anda hangat dengan kehadirannya, mempercayai akan rahasianya dan mengingat Anda dalam doa-doanya.

#Senyum tidak hanya akan menampilkan wajah yang cerah, namun juga menghangatkan jiwa.

#Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.

#Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya.

#Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.
Kembali Ke Atas Go down
https://zalpermai.indonesianforum.net
 
Tips-tips motivasi Prof. Dr. Muhaya
Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1
 Similar topics
-
» Tips-tips motivasi dari Dr Azizan

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
ZAI PERMAI RESOURCES :: SUDUT MOTIVASI USAHAWAN :: PAKAR MOTIVASI PROF. DR MUHAYA-
Navigasi: