ZAI PERMAI RESOURCES
ZAI PERMAI RESOURCES
ZAI PERMAI RESOURCES
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
GalleryIndeksLatest imagesPencarianPendaftaranLogin

 

 KENALI SIAPA PENGKHIANAT RASULULLAH

Go down 
PengirimMessage
Admin
Admin



Jumlah posting : 145
Age : 54
Location : kuala lumpur
Registration date : 24.12.07

KENALI SIAPA PENGKHIANAT RASULULLAH Empty
PostSubyek: KENALI SIAPA PENGKHIANAT RASULULLAH   KENALI SIAPA PENGKHIANAT RASULULLAH EmptyThu 21 Nov 2013, 12:41 am

KENALI SIAPA PENGKHIANAT RASULULLAH

Islam tidak jatuh selagi umatnya mengamalkan ajaran Islam. Kejatuhan Islam adalah kerana orang Islam sudah mula lalai dengan ajarannya, mencintai dunia, hidup bermewah menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar, orang Islam tidak lagi berjihad untuk mengembangkan agama Allah, terlalu cintakan dunia dan takut kepada mati.

Apabila orang Islam mula lalai mereka sendiri memilih untuk menerima kehinaan dari Allah. Ketika itulah Allah  mencabut kegerunan orang Islam terhadap musuh-musuh hinggalah Islam dapat dikalahkan.Umat Islam menjadi seperti buih-buih dilautan nampak saja banyak tapi tiada kualiti hilang bila dihempap dipantai.

Islam berpecah belah sesama mereka sehingga ada golongan orang Islam sendiri berkejasama dengan orang kafir menjatuhkan Islam demi mendapat sebuah kuasa dan habuan dunia yang tak seberapa. Lahirlah Islam munafik seperti berlaku pada hari ini yang sanggup mengadai akidah dan mengkhianati perjuangan Rasulullah. Ini berlaku kepada raja-raja Arab yang telah mengkhianati Islam. Mereka berkerjasama orang kafir mengambil alih Jerusalem dari Khalifah Islamiyyah dan membantu membina sebuah negara haram untuk Yahudi dan Nasrani Zionist atau Israel asalkan mereka dapat berkuasa dan menikmati kemewahan bumi Arab. Islam digadaikan soal kedua.

Allah telah memberi peringatan dalam ayat 51 dari Surah al Maidah ini yang jelas Allah SWT melarang kita bersekutu dengan pakatan Yahudi-Nasrani:

"wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim".(Surah Al Maidah: 51)

Telah diriwayatkan oleh Auf bin Malik; Saya telah menemui Rasulullah SAW semasa Perang Tabuk, sementara Baginda SAW sedang berehat di khemah. Baginda SAW bersabda, terdapat 6 perkara tibanya akhir zaman:

1- Kematianku

2- Penaklukan Jerusalem

3- Satu wabak yang menimpa kamu (Arab) sebagaimana wabak itu menimpa biri-biri

4- Meningkatnya kekayaan, sehinggakan apabila seseorang diberikan 100 Dinar, dia masih tidak berpuas hati

5- Satu wabak yang mana tidak ada bangsa Arab yang tidak kena (semua jenis wabak)

6- Satu genjatan senjata antara Bani al Asfar yang akan mengkhianati dan menyerang kamu kemudiannya dibawah lapan panji dengan setiap panji mempunyai 12,000 orang tentera.

(Hadis Riwayat Bukhari)

Kota Suci Baitulmaqdis telah ditawan oleh British yang diketuai oleh Jeneral Edmund Henry Hynman Allenby pada 11th Disember, 1917 selepas 730 tahun kota ini dibawah pemerintahan umat Islam. Tanah Suci Baitulmuqaddis dan Masjid Al-Quds di Jerusalem adalah salah satu tempat yang paling suci dalam Islam selain Kota Mekkah dan Kota Madinah. Kajilah sejarah Pemerintahan Islam di Jerusalem.Dibawah ini adalah urutan silih ganti kekuasan antara Islam dan Yahudi;

1) Pada tahun 637, Khalifah kedua umat Islam iaitu Saidina Umar Al Khattab menawan Baitulmaqdis.


2) Ia kekal di bawah pemerintahan Islam sehingga 1099 apabila pakatan Yahudi-Nasrani (Knight Templer)     dari Eropah Barat mengambil alih Jerusalem pada 1099.


3. Jerusalem telah ditawan semula oleh umat Islam di bawah kepimpinan orang Kurd Pahlawan Raja Salahuddin (Sallahudin al Ayubi).


4. Selepas 730 tahun, pada Disember 11,1917, British telah merampas Jerusalem dari orang Islam dengan bantuan beberapa golongan Arab iaitu mereka adalah umat Islam (pengkhianat Islam).


Di kaji kembali kekuatan yang ada dalam sistem ketenteraan Khalifah Utamaniyyah, pihak kafir tidak akan boleh mengambil alih (menawan) Baitulmuqaddis kecuali dengan bantuan oleh orang-orang Arab sendiri. Ini berlaku akibat dari perpecahan umat Islam akibat daripada asobiah, kegilaan kepada kuasa dan kemewahan dunia. Penaklukan Baitulmuqaddis oleh British pimpinan Edmund Allenby, 1st Viscount Allenby (1861-1936) dan T. E. Lawrence (Lawrence of Arabia). Negara Arab yang dikatakan musang berbulu ayam, menikam orang islam dari belakang bersekongkol dengan tentera British menjatuhkan empayar Islam. Mereka-mereka itu adalah ;  

1. Tentera Arab Bersatu daripada Nejd dan Hasa di bawah Abul Aziz Ibn Saud

2. Tentera Kerajaan Hijaz Arab di bawah Hussain Ibn Ali, Shareef-e-Makkah

3. Arab Tentera Kerajaan Hijaz di bawah Faisal Ibn Hussain ibn Ali.

4. Tentera Arab Bersatu Jabal Shammar.

KENALI SIAPA PENGKHIANAT RASULULLAH Biot397PhotoA_zpsa4bf9a4d
General British Sir Allenby
memasuki Jerusalem pada 11 Disember1917
(Tembok Yakjuj Makjuj dibuka)

KENALI SIAPA PENGKHIANAT RASULULLAH Biot397PhotoB_zps3baef18e
Raja Faizal - Pengkhianat Islam

KENALI SIAPA PENGKHIANAT RASULULLAH Biot397PhotoG_zpscee799bd
Islam Jatuh Kerana Orang Islam sendiri belot

KENALI SIAPA PENGKHIANAT RASULULLAH Harry_St__John_Bridger_Philby_zps14a96cfa
Haji Abdullah (1885 -1960) Musang bulu ayam
ejen British

KENALI SIAPA PENGKHIANAT RASULULLAH Ibn-saud-sir-percy-cox-miss-gertrude-bell_zps9c0f0974
Abdul Aziz bin Saud bersama-sama Ejen British di Basra
pada tahun 1930

KENALI SIAPA PENGKHIANAT RASULULLAH Winston-Churchill-and-Sultan-Abdul-Aziz-Bin-Saud_zps403a4a82
Winston Churchill
bersama Sultan Abdul Aziz Bin Saud

Allah menegaskan bahawa Tanah Suci Jerusalem ini hanya diwariskan kepada hamba Allah SWT yang soleh, bukan sepertimana yang kita dengar akan dakwaan pihak Yahudi-Nasrani Zionist bahawa Tanah Suci Jerusalem ini hanya untuk mereka yang terpilih iaitu dengan gelaran "The Chosen People" berdasarkan kepada kitab Talmud, Taurad dan Injil setelah diubahsuaikan.

Al Quran menjelaskan bahawa : Dan sungguh telah Kami tulis didalam Zabur sesudah (Kami tulis dalam) Luh Mahfuzh, bahawasanya bumi ini dipusakai hamba-hambaKu yang soleh. (Surah Al Anbiya: 105)

Sepertimana yang kita semua sedia maklum setelah peristiwa penghijrahan Yahudi-Nasrani dari seluruh dunia terutamanya dari Eropah Barat bermula dari 1917( Deklarasi Belfour) hingga akhirnya pada tahun 1948 melalui negara Israel secara 'rasmi' diistiharkan sebagai sebuah negara, sejak dari itu keadaan umat Islam di Palestin terutamanya sedang menderita, ditindas dan dihina setiap saat akibat 'fasad' yang dilakukan oleh Bani Israel sepertimana dinyatakan di dalam Al Quran.

KENALI SIAPA PENGKHIANAT RASULULLAH A1ef39b5-3a31-4fcb-a3eb-b001b776f978_zpsce65eacb
Declarasi Belfour-Palestin digadai
kerana orang Islam belot

Dan telah Kami tetapkan terhadap Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan membuat kerosakan di muka bumi ini dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar".
(Surah Al Israa': 4)

Tentera-tentera Arab yang berpakat dengan Yahudi-Nasrani menyerang Jerusalem yang berada dibawah kawalan Tentera Khalifah Uthmaniyyah. Berikut adalah para pemimpin Arab yang berjuang bersama Tentera British untuk menakluk Baitulmuqaddis dari kuasa Khalifah Uthmaniyyah:

1- Hussein bin Ali

2- Faisal (anak Hussain bin Ali & pengasas negara Jordon & Iraq)

3- Abdul Aziz Ibn Saud (Pengasas negara Arab Saudi)

4- Abdul Aziz bin Mitab

Dan pemimpin-pemimpin Arab telah memerintah negera-negera yang berikut. (Sokongan dan bantuan British yang merupakan kuasa besar dunia pada ketika itu yang dijana oleh Bank of England yang dimiliki oleh keluarga Rothschild)

Keturunan Saud atau Saudi adalah pembelot kepada Allah SWT, Nabi Muhammad SAW dan seluruh umat Islam apabila Abdul Aziz Al ibn Saud membuat persetujuan dengan Bank Of England pada tahun 1916 dengan bayaran £5000 bagi sebulan untuk dana, dan Saud dengan penyokongnya menentang habis-habisan Khilafah Uthmaniah untuk menawan kota Madinah dan kota Mekah dari pentadbiran khalifah. Para ulama terutama menentang tindakan beliau yang bersekutu dan menerima wang tersebut, tetapi beliau dengan rasa tidak bersalah menyatakan inilah rezeki dari Allah SWT dalam bentuk cukai (Jizyah).

Dalam tahun 1919-1924, pejuang-pejuang Islam mendapat tentangan dari pihak musuh yang diketuai oleh British sehingga akhirnya British berjaya menawan Semenanjung Arab dan Jerusalem. Pada 3 March 1924, dunia yang dikepalai oleh British mengiktiraf penghapusan sistem Khilafah di dunia ini dengan sokongan Abdul Aziz ibn Saud yang telah ditabal sebagai Raja Tanah Arab secara tidak langsung umat Islam tidak mempunyai pemimpin. Seterusnya keluarga Saud pelopor fahaman Wahabbi melalui perkahwinan dengan anak perempuan Imam Muhammad Abdul Wahab.

Selepas itu keluarga Saud, mengiktiraf mata wang kertas sebagai mata wang 'halal' bagi menggantikan dinar dan dirham 'haram'. Yakni dengan hanya mengiktiraf mata wang kertas US Dollar sahaja sebagai mata wang pertukaran untuk pembelian minyak mentah di dalam industri dunia. Tindakan ini adalah kerana Eropah dan Barat tidak mempinyai emas dan perak. Rujuk perjanjian diantara Raja Faisal bin Abdul Aziz Al Saud dengan Barat dalam Bretton Woods (1944). Bermula dari pengistiharan itulah bermulanya titik Yahudi menguasai ekonomi dunia sehingga kini.

Selepas itu perjanjian bersama International Monetary Fund dan World Bank pada tahun 1971 dan akhirnya Raja Faisal sedar akan fitnah terhadap umat Islam di dunia. Barat menutup konspirasi ini dengan menghantar ejen CIA membunuh Raja Faisal tahun 1975 selepas sidang akhbar.

KENALI SIAPA PENGKHIANAT RASULULLAH Saudwithbritish1_zpscbc4edd8
Pengkhianat Abdul Aziz ibn Saud & Faisal
meraikan kemenangan & kejayaan dengan pihak British
di atas kapal British 1930. Individu yang bernama
Ezra Belboul, adalah Ejen Zionist dianggap sebagai
'Wira Negara' di Israel.

KENALI SIAPA PENGKHIANAT RASULULLAH Ikincihamid1_zps02732a36
Sultan Abdul Hamid II,Khalifah Uthmaniyah terakhir
Kejatuhan Islam
Runtuhnya Sistem Khalifah Islam
Islam Lemah kerana system khalifah
dihapus Zionist

KENALI SIAPA PENGKHIANAT RASULULLAH PerginyaKhalifah_zpsd2cd5ba3

KENALI SIAPA PENGKHIANAT RASULULLAH Abdul_hamid_ii_1908_zps02891820
3rd March 1924, sistem pemerintahan Khilafah Islamiah
dimusnahkan angkara pemimpin Islam jenis
,musang bulu ayam, menikam Islam dari belakang.

Begitulah kisah perjalanan tamadun Islam. Islam tidak runtuh selagi umatnya mengamalkan ajaran Islam. Suatu bangsa itu yang mengambil Islam pasti mulia dan dapat membina tamadun yang paling lama. Sebagai contoh bangsa Arab sebelum Islam dikenali sebagai bangsa jahiliah penuh dengan berbagai masalah dianggap bangsa yang paling teruk rosak akhlak didunia. Tetapi setelah mengambil Islam bangsa yang teruk itu menjadi mulia kerana ajaran Islam. Mereka menjadi bangsa yang membina tamadun Arab yang cukup lama dalam sejarah. Tetapi setelah lama berada dimercu tinggi maka timbullah sipengkhianat yang ingin berada dikedudukan itu dengan cara senang sanggup menjadi pembelot kepada musuh  membuka jalan kepada musuh kerana kuasa dan kemewahan dunia. Akhirnya negara bangsa dan agama Islam menjadi punah dihinakan kuffar.

Begitulah kisahnya kejatuhan Islam di negara kita sendiri di alam Melayu ini. Bangsa Melayu pada masa dahulu sudah pun membina tamadun yang tinggi. Berlaku pada masa pada zaman sistem khafiah Uthmaniah, Islam dikepulauan Melayu berpusat di Melaka. Pada masa Islam kuat , musuh Islam ketika itu Portugis sukar mengalahkan Melaka. Serangan demi serangan Portugis dapat dikalahkan oleh Melaka kuasa Melayu ketika itu.

Tetapi dengan adanya sikap dengki, iri hati pembesar Melayu timbullah bibit perpecahan. Terdapat pembesar Melayu (Si Kitol) yang menjadi agen kepada Portugis sanggup membocor kekuatan kerajaan Islam Melaka pada masa itu. Akhirnya atas usaha sama bersama pembelot Islam,Portugis dapat mengalahkan Melaka. Sejak itu Islam jatuh dan Melayu terus jatuh sehinggalah hari ini.

Bangsa Melayu terus tertinggal dalam segala hal hari  demi hari. Melayu hampir tergadai dinegara sendiri. Melayu hanya mampu memegang 18% ekonominya dinegara sendiri. Itulah bahana berlaku sejak meninggalkan Islam dan yakin berkiblat kepada barat selama 500 tahun. Melayu terus melukut dinegara sendiri. Tak mustahil suatu masa nanti ekonomi Melayu tinggal 0.01% jika kita berterusan bertuhankan barat.

Persoalan kita adakah kita mulia dan maju mengambil barat sebagai pedoman hidup kita ??? 82% ekonomi kita dipegang kuffar dalam negara sendiri. Hari demi hari kita terhakis menjadi hamba dinegara sendiri. Apa yang boleh kita banggakan hari ini???? Apakah kita bangga Malaysia maju. Apa ukuran yang mengatakan Melayu maju ??

Sudah ternyata dan sah jika kita meninggalkan Islam inilah yang terjadi, kita pasti jadi mundur. Islamlah yang membawa kita maju sehingga mampu membina tamadun pada masa dahulu di Melaka dibawah payung Islam sistem khalifah. Sejarah itu yang berjaya di padam oleh barat setelah mereka menjajah. Sedarliah tamadun barat yang kita puja hari ini masih baru sekitar 100 tahun saja bermula 1924 hingga 202**. Itu pun dibina dengan penuh penipuan bersama musang2berbulu ayam dalam negara sendiri.

Sebenarnya tiada jalan maju selain bersama Islam. Itulah realiti jika kita mengkaji dan sejarah telah membuktikan. Kajilah sejarah dunia. Kajilah sejarah dinegara sendiri bagaimana Melayu dan Islam dimundurkan.

Ayoh.. bangunlah...kita masih mempunyai peluang lagi iaitu peluang kedua untuk kita membina tamadun Melayu. Hanya satu jalan saja yang boleh bina semula tamadun Melayu. Dengan cara apa???? Tidak lain dengan Islam. Setelah bersama Islam barulah kita boleh ucapkan "Tidak Melayu Hilang Didunia". Jika tidak, kita hanya syok sendiri dengan slogan.

Renungkan video ini, inilah sejarah kita sebenar bukan sejarah yang kita pelajari dari barat yang membenamkan sekular dalam pemikiran kita. Melayu kita dibangkitkan dari negara lain sedangkan Melayu dinegara sendiri seperti siluncai terjun dengan labu-labunya.

Keluarlah minda dari kepompong barat. Tanamkan minda maju jika ambil Islam. Pasti kita happy dengan Melayu dan Islam. Pasti anak cucu kita gembira mengenangkan jasa2 datuk nenek mereka berjuang dgn cara yang betul untuk kelangsungan hidup mereka.

Untuk menegakkan Islam kembali kita tidak perlu berbalah sesama sendiri. Yang penting kita kenal siapa puncanya yang menjadi kita berbalah sesama Islam. Siapakah itu??? Itulah Yahudi Zionist hari ini. Benih Islam yang telah rosak kita baiki dan bajakan semula mudah2an ia subur dan berbuah kembali. Yang paling penting sekali adalah kita tanam semula benih baru & kita nantikan hasilnya 20 tahun akan datang. Kita tak perlu tebang pokok yang lama. Kita cuba baiki pokok yang sakit supaya ia subur dan boleh berbuah kembali. Dalam perjuangan kita tak perlu kafirkan orang yang tidak mengikut kita. Buat apa kita mengkafirkan Islam sesama sendiri sedangkan sudah 50 tahun merdeka & berjuang berapa kerat orang kafir yang kita Islamkan. MengIslam tidak malah mengkafirkan pula sedara sendiri....akhirnya Allah turunkan bala lagi besar..Allah campakan kristian berapa jutakah sudah murtad & mereka kafirkan orang Islam kita...Allah campakakkan wahabi berapa ramai yang sesat...Allah campakkan Syiah berapa juta lagi akan sesat nak jadi kafir...kita tambahkan lagi dengan mengkafirkan golongan yang dah Islam????? Pemimpin bergaduh sesama Islam??? Bapa jalan macam ketam suruh anak jalan lurus???? Siapa yang menang??? Syaitan..Bagaimana jalan nak keluar masalah orang Melayu kini...mundur..miskin...lemah...lalang.. datang angin barat ke baratlah kita..datang angin timur ke timurlah kita.

Macamtukah yang kita kata kita golongan kanan bersama Rasulullah. Kita hanya syok sendiri saja...hasilnya generasi Islam kita menguncup & timbul berbagai masalah yang rumit yang tak mampu kita selesaikan. Kita sibuk berbicara soal ranting tapi kita tidak memikirkan masalah tunjang.....Ingat kata2 ulama terdahulu....kata-kata hikmah dari Tokku Paloh al-Aidrus, ulama ahlul bait Nabi Muhammad SAW yang tersohor di Alam Melayu:

"Maka tinggalkan duniamu dan belayarlah menuju Tuhanmu. Janganlah sekali-kali engkau melabuhkan sauh ketidakpastian biarlah apa kata mereka pada dirimu. Berhijrahlah, belayarlah menuju Tuhanmu kerana engkaulah MELAYU..."

Ada satu hadis dalam kitab Sulalatus Salatin untuk bangsa Melayu renungkan.  walaupun ini 'hadith dhaif' dalam kitab 'Sulalatus Salatin' dan 'hikayat raja-raja Pasai', ianya masih boleh dipetik kerana bukan 'hadith maudu', tetapi sesetengah pendapat pengkaji dan ilmuan menyatakan ini adalah satu wasiat Rasulullah SAW yang pasti ada 'rahsia', kerana tiada sia-sia dalam kejadian Allah SWT (QS:3:191), Nabi Muhammad SAW bersabda..

"Sepeninggal aku telah wafat kelak akan muncul sebuah negeri di bawah angin, Samudera namanya. Apabila terdengar kamu nama negeri itu, maka suruhlah sebuah bahtera untuk membawa perkakas dan alat kerajaan ke negeri itu, serta kamu Islamkan sekalian isi negeri itu, serta ajar mereka mengucap dua kalimah syahadat. Kerana dalam negeri itu kelak banyak orang yang akan jadi wali Allah. Tetapi semasa kamu hendak pergi ke negeri itu, hendaklah kamu singgah mengambil seorang fakir di negeri Mengiri, bawalah fakir itu bersama-sama"

Perjuangan sebenar bukan untuk menegakkan Melayu. Tapi jadikan Melayu sebagai bangsa yang boleh boleh menegakkan Islam. Dari bangsa lain pimpin Islam biar Melayu pimpin Islam. Semua bangsa merebut-merebut menjadi hero disisi Allah. Maka jadilah Melayu hero di sisi Allah. Dengan itu hilanglah sifat asobiah kebangsaan yang Barat acuankan. Kita bangkit untuk sama-sama menyampaikan pesanan bukan untuk menimbulkan ketakutan supaya kita bersama-sama beroleh iktibar dan mendapat kesedaran bahawa dunia ini sementara. Apakah kita merasa akan hidup selama-lamanya? Lebih baik kita menghabiskan masa berdamai-damai antara satu sama lain daripada kita bersibukan berampasan kuasa kepimpinan mengejar habuan keduniaan sambil menggadaikan keredhaan ALLAH SWT dan Rasul SAW. Musuh kita satu dalam pelbagai, sedang masa kita  sudah semakin terhad. Demi Masa, Demi ALLAH dan RasulNYA, demi bangsa untuk agama nasihatilah... minum air yang jernih lebih sihat dari minum air yang keruh. Kenapa tak jernihkan bangsamu???

https://www.youtube.com/watch?v=z9n6KCcmpyY
Kembali Ke Atas Go down
https://zalpermai.indonesianforum.net
 
KENALI SIAPA PENGKHIANAT RASULULLAH
Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1
 Similar topics
-
» SIAPA YANG BOLEH AMBIL MAB

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
ZAI PERMAI RESOURCES :: SUDUT MEREHAT MINDA :: PENGKHIANATAN KE ATAS ISLAM-
Navigasi: