ZAI PERMAI RESOURCES
ZAI PERMAI RESOURCES
ZAI PERMAI RESOURCES
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
GalleryIndeksLatest imagesPencarianPendaftaranLogin

 

 Martabat Usahawan

Go down 
PengirimMessage
Admin
Admin



Jumlah posting : 145
Age : 54
Location : kuala lumpur
Registration date : 24.12.07

Martabat Usahawan Empty
PostSubyek: Martabat Usahawan   Martabat Usahawan EmptyFri 01 Nov 2013, 4:50 pm

MARTABAT USAHAWAN DISISI ISLAM

Islam sangat mengambil berat bidang keusahawanan dan memuliakan usahawan. Rasulullah menggalakkan umatnya menceburi perniagaan dan tidak pernah menghalang umatnya mencari kekayaan. Islam menghasilkan ramai jutawan dalam perniagaan ketika nabi kita masih hidup. Islam juga berjaya mendidik usahawan menjadi insan beriman dan memanfaatkan hartanya bagi kemajuan agama islam serta penganutnya.

Ada di kalangan umat islam terpedaya dengan dakwah songsang yang mengajak kepada kehidupan miskin dan papa, kononnya kemiskinan tersebut akan membawa seseorang kepada syurga. Dakwah songsang ini sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan sebilangan umat islam dan menyebabkan mereka malas untuk mencari harta kerana takut kepada kelalaian dengan harta dunia. Mencari harta mahupun kekayaan bukanlah kesalahan dalam islam. Apa yang menjadikannya salah ialah mencari harta dengan cara haram, membelanjakan harta halal kepada maksiat ataupun bersikap kedekut.

Orang yang kaya adalah penyumbang utama kepada ekonomi Islam melalui zakat, sedekah, infak dan wakaf. Usahawan adalah yang menyahut seruan Islam untuk berdikari mengeluarkan produk sendiri dan membina ekonomi sendiri. Ini akan melahirkan Islam yang berwibawa. Bukan menjadi Islam yang lemah yang hanya menjadi kuli orang, makan gaji dengan orang kafir bergantung kepada ekonomi kafir, menjadi Islam pak turut kepada orang kafir seperti yang berlaku sekarang. Semua negara Islam hari inii bergantung kepada Yahudi  menjadi Islam lemah  tidak berani menegakkan Islam takut diberikan sekatan ekonomi.

Apa yang dikatakan Islam Memuliakan Usahawan boleh dilihat melalui kehidupan Nabi kita Rasulullah S.A.W seorang usahawan dan banyak membantu isterinya, Siti Khadijah membangunkan perniagaan. Apabila dilantik menjadi rasul, baginda menumpukan sepenuh perhatian kepada dakwah dan memberi galakan dan motivasi kepada para sahabat bagi menjalankan perniagaan.

Tuhan telah menjanjikan ganjaran syurga kepada usahawan yang jujur. ini membuktikan islam memandang mulia bidang keusahawanan ini.

Rasulullah S.A.W memberi jaminan, “Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama para nabi, shodikin (orang-orang yang benar), orang-orang mati syahid pada hari kiamat.”

Tangan diatas lebih mulia dari tangan dibawah

9 rezeki adalah dalam perniagaan

Sebaik-baik pekerjaaan adalah dari tangan sendiri

oleh Tarmizi dan Ibnu Majah

Apabila Allah mengurniakan darjat usahawan jujur dan amanah bersama para nabi, shodikin, orang mati syahid, ia menunjukkan taraf mulia usahawan. Para nabi adalah golongan yang banyak berkorban harta dan jiwa  mendakwah umat ke agama Allah, malah ada yang terbunuh.  Begitu juga  para syuhada yang mengorbankan dirinya bagi meninggikan martabat Allah. Allah memulaikan para usahawan. Hadis di atas memberi galakan kepada usahawan bagi berusaha menjadi usahawan yang jujur dan amanah.
Kembali Ke Atas Go down
https://zalpermai.indonesianforum.net
 
Martabat Usahawan
Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
ZAI PERMAI RESOURCES :: SUDUT MOTIVASI USAHAWAN :: Islam Muliakan Ushawan-
Navigasi: