ZAI PERMAI RESOURCES
ZAI PERMAI RESOURCES
ZAI PERMAI RESOURCES
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
GalleryIndeksLatest imagesPencarianPendaftaranLogin

 

 Mekah 2010

Go down 
PengirimMessage
Admin
Admin



Jumlah posting : 145
Age : 54
Location : kuala lumpur
Registration date : 24.12.07

Mekah 2010 Empty
PostSubyek: Mekah 2010   Mekah 2010 EmptyWed 15 Dec 2010, 9:07 am

Mekah 2010 21102010226

MEKAH SEBAGAI PUSAT DUNIA

Saintis dan ulama Islam mendesak waktu Makkah diguna pakai untuk menggantikan waktu antarabangsa 'Greenwich Meridian Time' atau dipanggil GMT kerana bandar raya suci umat Islam berkenaan terletak di lokasi sebenar pusat bumi. Umat Islam akan menghadap kiblat di Makkah setiap kali menunaikan solat.

Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) melaporkan, desakan itu disuarakan pada persidangan yang diadakan di Qatar dengan tajuk 'Makkah Pusat Bumi: Teori dan Amalan.' Seorang pakar geologi juga berkata, tidak seperti garis bujur lain, Makkah berada dalam kedudukan jajaran sempurna kepada medan magnet hemisfera utara. Pakar itu berkata, orang Inggeris melaksanakan penggunaan GMT ke seluruh dunia secara paksa ketika Britain menjadi kuasa penjajahan. Oleh itu, katanya, sudah tiba masa perkara itu diubah.

Greenwich adalah sebuah bandar di Britain dan GMT digunakan sejak 1884. Waktu GMT untuk semua zon masa di dunia diukur berdasarkan Garisan Meridian Greenwich di Pusat Pemerhatian Diraja Greenwich.

Sarjana Islam terkemuka, Dr Sheikh Yusuf al-Qaradawi, yang turut menyertai persidangan berkenaan menekankan, sains moden akhirnya membuktikan Makkah adalah pusat Bumi. "Bukti Makkah adalah pusat bumi sebenar adalah kiblat - perkataan Arab bermaksud arah umat Islam apabila menunaikan solat," katanya.

Persidangan itu turut menilai semula apa yang digambarkan sebagai jam Makkah - Saat Makkah - ciptaan seorang penduduk Islam Perancis, Yasin a-Shouk.

Jam itu dikatakan berputar arah lawan pusingan jam dan sepatutnya membantu umat Islam menentukan arah Makkah dari mana-mana tempat di bumi.

Persidangan di Qatar adalah sebahagian aliran popular di kalangan masyarakat Islam yang mahu mengumpul bukti bahawa sains moden menggunakan asas bukti daripada al-Quran. Amalan itu digelar 'Ijaz al-Quran', yang secara kasar diterjemahkan sebagai 'mukjizat al-Quran.'

Kepercayaan yang digariskan ialah kebenaran saintifik juga didedahkan dalam al-Quran, dan sudah menjadi tugas sarjana Islam untuk mendalaminya dan memperkenalkan buktinya. Isteri Yasin yang menjadi penyelia sidang, berkata: "Negara Barat memaksa kita menggunakan garis Greenwich yang tidak dapat dilihat sebagai rujukan masa dunia."

Beliau berharap, negara Islam dapat menyertai projek menggunakan waktu Makkah bagi memperkuat keyakinan bahawa Tanah Suci itu adalah pusat bumi, bukan secara teori tetapi praktikal.

Seorang cendekiawan Islam, Zaghloul al-Najjar, berkata negara Barat tidak suka melihat bukti saintifik menunjukkan Makkah berada di pusat bumi tetapi beliau dan tokoh Muslim lain akan meneruskan usaha supaya masyarakat antarabangsa menerima kebenaran itu. - Agensi

Keadaan Mekah diperingkat awal, boleh bersembahyang berdekatan dgn Kaabah
Mekah 2010 21102010228
Lepas solat mengerjakan tawaf sunat
Mekah 2010 21102010217
Tawaf disiang hari cuaca blh tahan 41 degree  sunny
Mekah 2010 24112010540
Kelambu Kaabah di buat dari sutera benang emas. Kos kelambu 17 juta Riyal
Mekah 2010 24112010536
Pancuran Emas di dalam Hijir Ismail, tempat mustajab berdoa selepas tawaf.
Mekah 2010 27102010287
Di kawasan Multazam. Multazam bermula dari Hajarul Aswad ke Pintu Kaabah dgn
lebar kawasan 2 meter persegi. Multazam adalah tempat mustajab berdoa selepas tawaf.
Pintu Kaabah dibuat dari emas tulin.
Mekah 2010 24112010537
Pancuran Emas dibuat dari emas tulin.
Mekah 2010 30102010302
Bersembahyang didalam kawasan Hijir Ismail di bawah pancuran emas. Hijir Ismail,
tempat mustajab berdoa.
Mekah 2010 30102010301
Dinding Kaabah selepas kelambu Kaabah terpaksa diangkat kerana digunting
oleh jemaah. Dinding kaabah dibina dari batu pejal.
Mekah 2010 28102010295
Berebut2 mencium Hajarul Aswad
Mekah 2010 28102010292
Bersesak utk bersembahyang dan berdoa di dalam Hijir Ismail
Mekah 2010 28102010289
Tembok bebentuk melengkung sempadan Hijir Ismail
Mekah 2010 28102010293
Mekah 2010 28102010288
Pandangan dari sisi, di hujung adalah Hajarul Aswad. Bgn hadapan Masjidil Haram
Mekah 2010 21102010213
Berada di pintu Babussalam (beretentangan Multazam) tempat mustajab berdoa.
Mekah 2010 25112010553
Apabila menjelang hari Wukuf di Arafah kehadiran jemaah sudah maksima. Tawaf di kaabah
semakin sesak

Mekah 2010 13112010336
Dlm Masjidil Haram. Air Zam2 di hidang di dlm masjid.
Mekah 2010 22102010230
Sai antara Bkt Safa Ke Bkt Marwah-peringkat awal jemaah blm ramai
Mekah 2010 22102010233
Sai antara Bkt Safa Ke Bkt Marwah- jemaah semakin ramai
Mekah 2010 21102010215-1
Hotel2 di sekitar Masjidil Haram yg sedang dlm pembinaan utk pembesaran Mekah yg boleh
menampung 3 juta jemaah sekali gus.
Mekah 2010 24102010259
Rumah kelahiran Nabi, berada dataran luar Masjidil Haram.

Mekah 2010 700
Hotel penginapan jemaah

Mekah 2010 24102010252
Jemaah mendaki melawat Gua Hirak-tempat nabi menerima wahyu
Kembali Ke Atas Go down
https://zalpermai.indonesianforum.net
 
Mekah 2010
Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1
 Similar topics
-
» Dealer terbaik 2010
» Masjid Nabawi 2010

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
ZAI PERMAI RESOURCES :: SUDUT MEREHAT MINDA :: MEKAH 2010-
Navigasi: