ZAI PERMAI RESOURCES
ZAI PERMAI RESOURCES
ZAI PERMAI RESOURCES
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
GalleryIndeksLatest imagesPencarianPendaftaranLogin

 

 SUDAH DEKATNYA KIAMAT

Go down 
PengirimMessage
Admin
Admin



Jumlah posting : 145
Age : 54
Location : kuala lumpur
Registration date : 24.12.07

SUDAH DEKATNYA KIAMAT Empty
PostSubyek: SUDAH DEKATNYA KIAMAT   SUDAH DEKATNYA KIAMAT EmptyTue 25 Mar 2014, 5:24 pm

Islam sekarang dikepong seluruh aspek tak kira di Barat mau pun Timur. Ketika  ini di Syria, Mesir, Palestin hinggalah Mekah dan Madinah itu dikawal. Mekah dan Madinah dikawal bukanlah melalui peperangan tetapi di kawal melalui penjajahan yang sistematik didokong oleh wahabi keturunan Bani Saud  berproksikan Yahudi Zionis dan sekutunya Syiah Iran. Mekah hari ini bukan lagi Mekah seperti zaman Uthmaniah dahulu. Semasa zaman Uthmaniah dulu bangunan tidak dibenarkan tinggi dari Kaabah tetapi keadaan hari ini sudah terbalik. Dari segi konsep Islam pun sudah tidak betul.

Adakah keadaan hari ini menepati maksud hadis Nabi yang diriwayat Al-Bukhari dan At-Tabrani bahawa di akhir zaman nanti Kaabah akan diruntuhkan oleh seorang lelaki berkulit hitam dari Habsyah. Adakah maksud Kaabah diruntuhkan secara fizikal atau pun runtuh dalam bentuk konsep akidahnya, wallahualam hanya Allah yang lebih mengetahui maksud sebenar.

Siapa lelaki Habsyah berkulit hitam seperti sabdaan Nabi itu? Mungkinkah Presiden USA kerajaan Rom sekarang? Semua sedia maklum Rom di zaman moden sekarang sudah berhijrah dan kini dikenali sebagai USA melalui sejarah panjangnya. Mungkinkah Presiden US, Barrack Obama lelaki Habsyah berkulit hitam yang Nabi sabdakan dalam hadis tersebut?

Banyak riwayat yang menguatkan tentang akan runtuhnya Kaabah di akhir zaman. Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiallahu'anhu bahawa Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda: "Kaabah akan diruntuhkan oleh seorang yang berkaki bengkok berbangsa Habsyah”.

Diriwayatkan dari Ali bin Abi Talib ra, bahawa Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda: "Perbanyaklah melakukan thawaf di Baitullah semampu kalian sebelum kalian dihalangi untuk melakukannya, seolah-olah aku melihatnya sedang melakukan hal tersebut. Tanda-tandanya: berkepala dan bertelinga kecil, dia menghancurkan Kaabah dengan beliungnya”.

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas radhiallahu'anhu bahawa Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda, "Tandanya orang tersebut berkulit hitam, kakinya bengkok, dia meruntuhkan batu dinding Kaabah satu per satu”.

Diriwayatkan daripada Sa'id bin Sam'an ra, bahawa dia mendengar Abu Hurairah radhiallahu'anhu bercerita kepada Abu Qatadah ra, bahawa sesungguhnya Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda: "Seorang lelaki (Imam Mahdi) akan dibai'at di antara sudut (tempat Hajar Aswad) dan Maqam Ibrahim dan Kaabah tidak akan dirosakkan kehormatannya melainkan oleh orang Arab sendiri, dan bila mereka telah merosakkan kehormatan Kaabah, maka itulah saatnya kehancuran bangsa Arab, kemudian datang orang-orang Habasyah meruntuhkan Kaabah yang selepas itu tidak pernah dibina kembali selama-lamanya dan merekalah yang menggali harta yang terpendam di dalamnya".

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abdullah bin ‘Amr Radhiyallahu Anhu, dia berkata, Aku mendengar Rasulullah saw bersabda, “Kaabah ini akan dirobohkan oleh Zussuwaqatain dari Habasyah. Dia merampas perhiasannya dan melepaskan kiswahnya. Aku seakan-akan melihatnya, orangnya kecil botak dengan tulang-tulang sendinya bengkok, sedang memukul Kaabah dengan penyodok dan kapaknya.” (Sanad hadis ini Jayyid dan Qawiy – Hadis Riwayat Ahmad).

Abu Daud meriwayatkan dari Abdullah bin ‘Amr, dari Nabi saw bahawa Baginda bersabda, “Biarkan orang-orang Habasyah selagi mereka membiarkan kamu (tidak mengganggu kamu). Sesungguhnya tidak antara orang yang (berani) membongkar barang-barang simpanan dalam Kaabah selain daripada Zussuwaqatain (berbetis kecil) dari Habasyah.”

Imam Ahmad meriwayatkan pula pula bahawa Ibnu Abbas menceritakan kepada perawi hadis ini, bahawa Rasulullah saw bersabda, “Seakan-akan aku melihatnya, orangnya hitam, dengan congkaknya dia merobohkannya (Kaabah) batu demi batu.”

Dan menurut riwayat Imam Ahmad pula dari Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu, Rasulullah saw bersabda, “Malam dan siang tak akan berhenti bersilih-ganti sebelum ada seorang lelaki dari kalangan kaum hamba menjadi raja, dia bernama Jahjah.”


SUDAH DEKATNYA KIAMAT Obama_zpsbd8f45d7
Adakah lelaki Habsyah ini
yang diceritakan dalam hadis Nabi?
Rom sekarang = Amerika
Lelaki Habsyah yangg memerintah Rom = Barrack Obama
Habsyah sekarang = Ethiopia
Barrack Obama dilahirkan dari Kenya, selatan Ethiopia


Adakah Kaabah akan diruntuhkan secara fizikal? Adakah mungkin macam itu umat Islam seluruh dunia tidak lagi mempertahan Kaabah? Kajilah hadis ini adakah dunia yang kita duduki sekarang ini sudah sampai seperti zaman yang hadis Nabi khabarkan?

Adakah tepat penafsiran hadis itu, Kaabah diruntuhkan oleh lelaki Habsyah berkulit hitam Presiden US sekarang? Adakah martabat Kaabah runtuh setelah terbina megahnya Zam-Zam Tower? Bukankah pemodenan Mekah dibawah pemerintahan Raja Abdullah kerajaan Bani Saud? Bukankah Amerika sekarang yang menjadi pelindung kepada keturunan Bani Saud? Bukankah pemodenan Mekah sekarang berlaku zaman Barrack Obama yang menjadi pelindung utama Arab Saudi? Bukankah Presiden US sekarang (Barrack Obama) dari keturunan Habsyah (Negro) berkulit hitam? Bukankah hotel-hotel di Mekah dan Madinah ada saham-saham mereka seperti Hilton, Moven Pick dan lain-lain? Bukankah ada Star Buck? Ada KFC? Itu saham siapa ya? Mekah yang asal telah runtuh akibat dikomersialkan, sudah lari dari konsep Ibadah, menjadi tempat kebanggaan, sudah hilang fungsi tempat mengenal robnya?

Bukankah Islam itu selalu menyuruh kita melihat dengan mata hati dalam soal agama yang melibatkan akidah? Bukankah fitnah Dajjal itu sukar dibezakan kecuali dengan iman dan akidah yang kukuh?

Dunia Islam sekarang penuh dengan serangan dari berbagai aspek.  Sejak Turki Uthmaniyah ditumbangkan dan jatuh ke tangan puak Sekular Ekstreme, walaupun kini diperintah Erdogan, hakikatnya beliau hanyalah puppet yang hanya bersuara tapi tidak bertindak kerana dikekang oleh pengikut setia Kamal Attaturk.

Di Palestin yang sebelum itu makmur dibawah pemerintahan Uthmaniyah ditawan oleh puak kufar dan diserahkan pada Zionis.

Di Iraq satu-satunya negara yang lantang mempertahankan Palestin secara ketenteraan diceroboh dan diranapkan USA dan negara Salib di bantu  secara sulit oleh Syiah Iran.

Di Afghanistan, negara mundur yang memiliki hasil bumi paling kaya didunia dirampas oleh USA hasil bantuan Syiah Iran dan segala hasil mahsul buminya disalur pada Zionis Israel.

Di Libya pimpinan Ghadaffi merupakan musuh ketat Negara Salib dijadikan bahan eksperimen untuk mencetuskan "Arab Spring". Rakyatnya dihasut untuk bangkit, dibantu dengan bermati-matian oleh Tentera Salib NATO.

Di Syiria adalah sasaran sebenar operasi Arab Spring yang dirancang Zionis kerana sudah tertulis dalam kitab-kitab lama Yahudi bahawa Syria adalah medan perang Armageddon untuk menyambut kononya peminpin agung mereka Mesiah Dajjal. Tapi kaum yahudi, Amerika dan Syiah tidak sedar di Syria akan turunnya hamba pilihan Allah seperti di dalam hadis-hadis Nabi saw.

Di Mesir walaupun diserahkan kepada Dr Morsi dari Ikhwanul Muslimin, kemudian dirampas semula oleh Tentera Firaun moden As Sisi  pimpinan Syiah dan Zionis, bertujuan menimbulkan kemarahan tak terhingga umat Islam supaya mencetuskan Armageddon Perang Dunia Ketiga dengan segera.

Para ulamak Syiria hari ini sudah mula menjalankan dakwah mereka untuk menyedarkan umat Islam seluruh dunia bangkit dari tidur yang panjang bersatu menentang pakatan kuffar Yahudi Zionis, Pakatan Rom, Syiah yang ingin menghancurkan Islam. Ulamak Syiria, Syeikh Muhammad Ali al-Syabuni telah datang ke Malaysia. Beliau memaparkan apa yang sedang berlaku di Syria. Berikut ini adalah beberapa perkara yang disampaikan Syeikh Ali a-Syabuni mengenai perjuangan di Syria. Syeikh mengatakan bahawa ada empat sebab mengapa jihad di Syria lebih diutamakan di waktu ini berbanding Palestin. Beliau mengaskanbahawa jihad di Palestin juga pentingnya tetapi Syiria lebih afdhal ketika ini.Kenapa??

SUDAH DEKATNYA KIAMAT Syiahjahat_zps00a9f65c
Syeikh Muhammad Ali al-Syabuni di Malaysia

1) Beliau berkata keadaan di Syria lebih buruk daripada Palestin. Umat ​​Islam dibunuh dengan kejam. Menurut beliau, 60 ribu rakyat Palestin dibunuh dalam masa 60 tahun tetapi di Syria, 60 ribu umat Islam dibunuh hanya dalam masa dua tahun sahaja. Itu menurut data rasmi. Ada puluhan ribu pembunuhan lain yang tidak mungkin direkodkan.

2) Para ulama sudah mengeluarkan fatwa bahawa Syria menjadi tempat yang istimewa berdasarkan Quran dan Sunnah, melihat keutamaan Syria kerana Syria adalah bumi Damsyik di mana Nabi Isa akan turun nanti seterusnya Imam Mahdi mengikuti dalil-dalil shahih Al-Quran dan Sunnah.

3) Jihad di Palestin sudah diketahui oleh umat Muslim sedunia. Namun di Syria sebahagian besar umat Islam hanya tahu bahawa itu hanya konflik sosial dan reformasi. Konfilk di Syria telah ditutup oleh media zionist hari ini, tidak ada media dan juga tidak ada bantuan yang dibenarkan membuat liputan.

4). Menurut Syeikh Ali pada masa sekarang tiada satu pun masjid di Syria yang tidak dibom melainkan semua dihancurkan.

5) Seorang perempuan harus merahsiakan kematian keluarganya kerana jika dia membocorkannya dia akan ditangkap dan dibunuh.

Begitulah hebatnya ujian iman Ahli Sunnah Wal Jammah di bumi Syiria. Adakah kita tidak peka dengan saudara se Islam kita disana?? Apakah jihad yang boleh kita lakukan untuk mereka?? Berikut adalah sebahagian kezaliman Syiah yang berlaku tetapi media Zionist menyoroknya dari pengetahuan dunia. Apa niat mereka??

a) Pasukan Syiah mengumpulkan anak-anak dan mencabuti kuku-kuku anak-anak tersebut di depan ibu bapa mereka seraya berkata: "jika kalian tidak boleh memberikan keturunan yang bagus, ayuhh! datangkan isteri-isteri kalian biar kami setubuhinya!

b) Memasukkan racun ke saluran pam air kerumah-rumah kawasan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

c) Mengebom perkampungan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

d) Merogol gadis 8 tahun.

e)Merogol wanita, kemudian mencincang tubuhnya, ada juga yg dipanggang. Merogol para wanita di depan suaminya, hingga suami gila tak tahan dihinakan.

SUDAH DEKATNYA KIAMAT 3_1312848505_zps9bac421b

f) Menembak para pemuda, memotong tubuhnya, meletakannya di depan rumah keluarganya lantas meminta duit  ganti rugi pelurunya dari keluarga mangsa.

g) Meliwat para pemuda Ahli Sunnah Wal Jamaah.

h) Ahli Sunaah Wal Jamaah dipaksa sujud dan menyembah pada foto Bashar Asad.

SUDAH DEKATNYA KIAMAT 409577_1993829382716_1752889223_914587_1394973345_n_zpsf68a1c24

i) Seorang ibu dipaksa menukar nama anaknya dari Abdulloh menjadi Abdul Bashar.

j) Tahanan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang kehausan disuruh nganga mulut, lalu dikencing dan dipaksa minum air kencing.

k) Al-Quran digulung dengan buat colok-colok menghisap rokok.

l) Al-Quran juga jadi  objek sasaran latihan tembak menembak tentera.

m) Ketika disiksa ada yang bertakbir "Allahu Akbar" maka mereka membentak dengan dengan laras senapang mengatakan "Rabbmu sudah lama mati," ucapkan Basharu Akbar ".

n) Seorang wanita digilir-gilir rogol oleh 20 tentera Syiah di depan suaminya.

o) Gadis-gadis Ahli Sunaah Wal Jamaah  diperkosa di depan orang tuanya.

p) Pemuda Ahli Sunaah Wal Jamaah dipotong alat kelaminnya kemudian dihinakan di depan doktor wanita Ahli Sunnah Wal Jamaah.

q) Seorang tua direntap, diseret dengan janggutnya dan dipukul.

r) Seorang pemuda ditebas wajahnya hingga lepas mulut dan rahangnya, dan masih sempat hidup beberapa lama.

SUDAH DEKATNYA KIAMAT Kejamsyiah1_zps0607a571

SUDAH DEKATNYA KIAMAT 225707-bodies-of-a-family-whom-activists-say-were-killed-by-the-syrian-govern_zps3ebae4db

SUDAH DEKATNYA KIAMAT 773224_zps95ed8811
Bayangkan jika ini anak anda, apa rasa?

Masih banyak lagi siksaan yang ditanggung oleh Ahli  Sunnah Wal Jamaah di bumi Syiria oleh tentera Firaun Moden Bashar Asad yang tidak diketahui dunia. Siapa yang menjadi pelindung mereka?? Tak lain Yahudi Zionist, Pakatan Rom dan Yahudi Zionist yang mentadbir dunia hari. Tanya diri sendiri adakah kita mengamal cara hidup mereka?? sehingga jika mereka suruh masuk ke lubang biawak pun kita ikut sama masuk kek lubang itu? Bagaimanakah keadaannya bila keluarnya Dajjal hakiki nanti? Nzuzubillah..Sebab itulah jihad di Syiria sekarang adalah lebih Afdhal dari Palestin?

SUDAH DEKATNYA KIAMAT 426270_484098521622557_1381857909_n_zps35cc7298



Bila thaghut disembah ...

Thariq bin Syihab menuturkan bahawa Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda, "Ada orang masuk Syurga kerana seekor lalat, dan ada seseorang masuk Neraka kerana seekor lalat pula. Para sahabat bertanya, Bagaimana hal itu, ya Rasulullah? Beliau shallallahu'alaihi wa sallam menjawab, Ada dua orang berjalan melewati suatu kaum yang mempunyai berhala, yang mana tidak seorang pun melewati berhala itu sebelum mempersembahkan kepadanya suatu kurban.

Ketika itu berkatalah mereka kepada salah seorang dari kedua orang tersebut, "Persembahkanlah kurban kepadanya!" Dia menjawab, "Aku tidak mempunyai sesuatu yang dapat kupersembahkan kepadanya. Mereka pun berkata lagi, "Persembahkan sekalipun seekor lalat." Lalu orang itu mempersembahkan seekor lalat dan mereka pun memperkenankan dia untuk meneruskan perjalanannya. Maka dia masuk Neraka karenanya. Kemudian berkatalah mereka kepada seorang yang lain, "Persembahkanlah kurban kepadanya!" Dia menjawab, "Aku tidak patut mempersembahkan sesuatu kurban kepada selain Allah." Kemudian mereka memenggal lehernya. Kerananya, orang ini masuk Syurga ". (Hadits riwayat Imam Ahmad)

Wallahu a’lam.


KONFLIK DI SYIRIA PETANDA AKHIR ZAMAN

Kematian rakyat Syria mencecah 200,000 orang dalam tempoh lebih dua tahun kebangkitan rakyat ketika pemerintahan Presiden Bashar al-Assad dikatakan lebih dahsyat berbanding kematian yang dicatat di Palestin ketika negara itu ditawan Israel. Kekejaman itu membuka mata banyak pihak sehinggakan tragedi Syria bermandi darah mendapat perhatian ramai termasuk negara berkuasa besar, Amerika Syarikat (AS) yang mengumumkan akan menyerang Syria berikutan dakwaan penggunaan senjata kimia. Walaupun AS masih berdolak-dalik dengan serangan itu, pelbagai andaian mula timbul kerana terdapat dakwaan menyatakan Perang Dunia Ketiga akan meletus daripada apa yang sedang berlaku di bumi anbiya itu. Tidak kurang juga yang mengaitkan keadaan itu dengan petanda akhir zaman.

Kejadian yang berlaku di Syria dikatakan antara petanda akhir zaman. Ada atau tidak nas yang boleh dikaitkan dengan andaian itu? Petanda akhir zaman memang disebut dalam hadis Nabi Muhammad SAW. Baginda berulang dua kali mengatakan bahawa akan berlaku peperangan besar yang  apabila peperangan ini terjadi, perkhemahan orang Islam paling ramai adalah di sebuah tempat bernama Ghouta Dimashq yang bermaksud kebun besar yang mengelilingi bandar Damsyik di Syria. Nabi kata, di kebun besar ini ada sebuah bandar dikatakan namanya Damsyik, sebaik-baik tempat tinggal umat Islam ketika itu. Ini tanda-tanda akhir zaman. Kalau kita lihat di Syria sekarang ini, kawasan ini jadi tempat paling ramai mujahidin berhimpun. Tempat lain ada ramai juga, tetapi tempat ini yang disebut Rasulullah SAW. Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah bersabda; “Tidak akan terjadi hari Kiamat sehingga kaum Rom turun di kota Amaq (Lembah Antioch, Selatan Turki) dan di Dabiq (dekat Aleppo, Syria). Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang berasal dari penduduk pilihan bumi. Dan ketika mereka sudah berbaris-baris, maka berkatalah orang Rom, biarkanlah (jangan kalian halang) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi. Maka kaum Muslimin berkata, Demi ALLAH, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami. Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal. Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tiba-tiba, ketika waktu solat sudah masuk, turunlah Nabi Isa Ibn Maryam a.s.” (Riwayat Muslim dari Sayidina Abu Hurairah RA). Wallahua'lam, berdasarkan hadis itu, jika benar Amerika Syarikat serang Syria, mereka akan masuk kawasan itu iaitu di pesisiran laut. Kalau betullah ia berlaku,  maknanya tentera Perjanjian Pakatan Atlantik Utara (Nato) dan Rom ini akan masuk ikut ke pantai menyerang seluruh Syria. Nabi kata, ALLAH akan menghantar tentera mujahidin dari bandar Damsyik akan bergerak menuju ke Dabiq dan berlaku peperangan nanti di sana. Jadi kebanyakan peperangan akhir zaman itu akan berlaku belah-belah negara Syria dan Syam.

KENAPA SYIRIA MENJADI TUMUPUAN AKHIR ZAMAN

Mungkin ada beberapa faktor. Dari segi kawasan, ia strategik dan kedudukan geografi Syria menyambung hubungan darat antara Syria dengan Eropah, Afrika dan Asia. Kedua, Nabi Isa AS akan turun di Syria berdasarkan hadis Rasulullah SAW. Baginda bersabda Nabi Isa AS akan turun di Menara Putih sebelah timur Kota Damsyik. Jika dilihat pada gambarnya, ia bukan menara masjid, tetapi sebuah pasar lama di dalam sebuah kota lama. Di sini ramai orang Kristian. Mereka juga sudah tahu perkara ini dan bersiap-siap untuk sambut Nabi Isa AS. Sebab itu bumi Syria jadi tumpuan ramai termasuk orang berfahaman Syiah, Kristian, Yahudi, selain orang Islam sendiri. Turut menjadi tumpuan kerana Imam Mahdi akan menyambut turunnya Nabi Isa AS di Damsyik seperti yang pernah disebut dalam hadis Rasulullah bahawa Nabi Isa akan turun di Menara Putih itu ketika solat Subuh dan disambut oleh Imam Mahdi.

APA YANG AKAN BERLAKU SEBELUM IMAM MAHDI MUNCUL?

Sebelum turun Imam Mahdi, Nabi Muhammad SAW kata, akan berlaku pembunuhan tiga orang anak khalifah yang mana mereka berebut harta karun di Kaabah, Mekah. Tidak pasti apa yang direbutkan itu, tetapi ketiga-tiga mereka tidak berjaya. Maka berlakulah fitnah yang besar antara orang Islam sendiri, sehingga muncullah Imam Mahdi. Imam Mahdi adalah keturunan Nabi Muhammad SAW dan namanya sama seperti nama nabi, Muhammad bin Abdullah. Beliau akan muncul di Makkah apabila fitnah kuat melanda dan dibai’ah antara bucu Kaabah dengan makam Nabi Ibrahim AS. Kemudian. Imam Mahdi akan mengetuai mujahidin bergerak ke Syria. Apabila sampai di Syria, masa itu Dajjal sudah keluar dan memang tujuan utamanya hendak melawan Dajjal. Apabila Nabi Isa AS turun, tugas utama baginda ialah untuk membunuh Dajjal. Pada masa itu, Dajjal sudah mengelilingi dunia untuk merosakkan orang Islam dan mengkafirkan orang sehingga akhirnya Nabi Isa AS kejar Dajal sampai di satu tempat bernama Bab Luddin di Palestin. Di situlah akan dibunuhnya Dajjal. Dajjal apabila tengok Nabi Isa AS itu, dia jadi cair macam batu garam yang disirami air.

PUNCA KEBANGKITAN DI SYIRIA

Ramai orang tak tahu sebabnya. Kebangkitan di Syria berlaku pada Mac 2011. Puncanya sekumpulan kanak-kanak sekolah rendah di sebuah bandar bernama Dar’a. Kanak-kanak ini conteng dinding sekolah dengan perkataan 'Ash-sha’ab yurid isqaat an-nizam' bermaksud ‘rakyat hendak jatuhkan kerajaan’. Mereka tulis perkataan itu bukan sebab diajar, tetapi masa itu berlakunya Arab Spring iaitu kebangkitan negara Arab di Tunisia, Yaman dan Mesir. Apabila kebangkitan itu, semua negara ini tulis slogan yang sama iaitu “Ash-sha’ab yurid isqaat an-nizam” ketika berdemonstrasi. Kanak-kanak ini tidak tahu apa-apa. Polis datang ke sekolah dan mengarahkan sekolah ditutup. Kanak-kanak yang terlibat ditangkap, dipenjarakan dan diseksa. Antara seksaan yang dikenakan ialah dicabut kuku mereka. Keluarga kanak-kanak ini datang ke balai minta anak-anak mereka dibebaskan, tetapi polis kata: “Lupakan anak engkau dan engkau buat yang lain. Ataupun engkau hantar bini engkau di balai polis, kami akan buat bini engkau mengandung lagi sekali”. Ayat ini diceritkan sendiri daripada orang Syria bercerita ketika kes itu berlaku. Rentetan itu, orang kampung mula keluar berdemonstrasi aman dan itu merupakan kali pertama rakyat Syria buat demonstrasi aman minta anak dibebaskan. Sebelum ini, mereka memang tidak berani lawan kerajaan langsung kerana kerajaan memang amat zalim. Entah bagaimana, mereka yang berdemonstrasi aman ini pula akhirnya ditembak anggota keselamatan. Ramai yang mati. Peristiwa ini tersebar ke seluruh Syria. Kebetulan, masa itu di negara Arab yang lain sudah berlaku kebangkitan. Rakyat Syria memang tidak fikir untuk lawan kerajaan, tetapi mereka hanya hendak kanak-kanak yang ditahan itu dibebaskan. Itu saja. Apabila sudah jadi begitu, mereka pun tidak tahan, maka muncullah Tentera Pembebasan Syria (FSA) setelah enam bulan rakyat Syria ditangkap, diseksa dan dibunuh. FSA merupakan sukarelawan rakyat Syria yang hendak pertahankan maruah dan akidah mereka. Mereka yang mula pertahankan keluarga sendiri daripada kerajaan pimpinan Bashar al-Assad.


KAITAN SYIRIA DENGAN KEMUNCULAN DAJJAL

Persengketaan di Syria ada kaitan dengan Syiah - Sunni ia juga dikaitkan dengan kemunculan Dajjal. Difahamkan, ada hadis menyebut bahawa Dajjal nanti akan diiringi oleh orang Yahudi dari Isfahan, Iran. Apa maksud hadis itu? Nabi bersabda,  “Dajjal akan diikuti oleh 70,000 orang Yahudi dari kota Isfahan, mereka memakai al-Tayalisah”. ini hadis riwayat Muslim. Al-Tayalisah ialah sejenis selendang yang dipakai orang Iran atau Parsi semasa hendak perang dan sembahyang. Persoalannya kenapa Nabi kata Dajjal keluar di sebuah bandar di Iran, tidak di Israel atau  Amerika, Rusia atau China? itu  tidak pasti, tetapi jika kita lihat di Iran, ada Syiah di sana. Apabila berlaku kebangkitan rakyat di Syria, negara luar yang mula-mula campur tangan ialah Iran. Masa campur tangan itu, mereka bukan hendak sokong rakyat Syria, tetapi Iran hantar 10,000 tentera dengan penembak hendap. Pada Mei 2012, NGO Muslim Care hantar bantuan kali pertama ke Syria  bertemu dengan seorang ulama Syria di Turki, Sheikh Muhammad Ali As-Sobuni. Beliau berkata; “Kami dulu menyangka Syiah ini saudara kita,  rupa-rupanya mereka adalah sebaliknya. Bahkan, Syiah ini lebih ‘najis’ dan lebih dilaknat daripada Yahudi. Sebab bilangan orang Islam yang dibunuh di Palestin pun tak sama (masih kurang) banding dengan orang Islam yang dibunuh di Syria”.  Di Syria yang mendapat sokongan Syiah Iraq, Iran dan Hizbullah dari Lubnan, lebih 200,000 rakyat Syria sudah dibunuh sejak kebangkitan itu. Berbanding di Palestin, hanya berpuluh ribu sahaja yang terbunuh sejak Israel tawan negara itu. Melihat kepada perkara ini, kita pelik kenapa Syiah begini dan benarlah Nabi kata Dajal akan keluar dari Isfahan, Iran. Bashar; Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dikatakan berasal daripada keturunan Yahudi Isfahan yang dikaitkan sebagai tempat asal pengikut Dajjal. Bekas Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad juga berasal dari tempat itu.

Asal usul nenok moyang Bashar memang dari Iran. Jadi hubungannya memang kuat. Satu lagi, di Syria, Bashar berfahaman Syiah Alawi atau Nusairi. Bercerita pasal Syiah, Syiah Alawi atau Nusairi sudah terkeluar daripada Syiah Imamiah yang diamalkan di Iran. Jadi Syiah yang dipegang oleh Bashar ini, tidak diterima oleh Syiah pun, tetapi kenapa mereka yang menyokong Bashar pada masa ini? Mereka (Iran) kata benci dan tiada kena mengena dengan Syiah Alawi atau Nusairi, tetapi mereka tetap sokong Bashar bunuh rakyat Syria. Ini bermakna, mereka sebenarnya bersatu menentang Ahli Sunnah Wal Jamaah.

KAITAN PEMBEBASAN MASJIDIL AQSA DENGAN KONFLIK DI SYIRIA

Pembebasan Masjidil al-Aqsa di Palestin akan bermula daripada pembebasan Masjid Umawi di Damsyik. Benarkah begitu? Mengikut ulama Palestin, Syeikh Raed Solah bahawa pembebasan Masjid al-Aqsa pada zaman Sultan Salahuddin al-Ayyubi adalah bersama tentera yang datang dari Syam iaitu Syria. Insya-ALLAH dikatakan tentera juga dari tempat yang sama akan datang untuk membebaskan Masjid al-Aqsa. Cuma, kali ini bawah pimpinan Imam Mahdi. Kubur Salahuddin di Syria, betul-betul di tepi Masjid Umawi. Puak Syiah paling benci dengan Salahuddin, antara sebabnya Salahuddin yang menjatuhkan kerajaan Syiah di Mesir, iaitu kerajaan Fatimiyyah. Ada dakwaan mengatakan, sekiranya Amerika menyerang Syria, maka akan jadi Perang Dunia Ketiga. Namun, tidak mustahillah (akan berlaku Perang Dunia Ketiga) kerana melihat contoh apabila Amerika kata hendak serang Syria, sekutu Syria, Russia kata; “Kalau engkau nak serang Syria, aku serang Arab Saudi”. Arab Saudi pula sekutu Amerika. Sekutu Syria, iaitu Iraq, Iran, Russia dan semua sekutu dengan Russia ialah geng komunis, manakala Eropah dan Amerika pula sekutu dengan Arab Saudi. Jadi bila berlaku peperangan nanti, Wallahua’lam.

APA ISTIMEWA SYIRIA SEBAGAI SYAM YG DISABDAKAN NABI SAW?

Nabi pernah sebut dalam hadis; “Ya ALLAH, berkatkan pada Syam kami. Ya ALLAH, berkatkan kepada Syam kami. Ya ALLAH, berkatilah negeri Yaman kami”. Dalam hadis lain; Nabi Muhammad SAW bersabda; “Beruntunglah bagi penduduk Syam. Beruntunglah Syam. Beruntunglah Syam kerana Malaikat ar-Rahman yang sentiasa menghamparkan sayapnya ke atas ahli Syam.” (Riwayat Ahmad). Nabi sebut lagi; “Sesungguhnya kota (perlindungan) kaum Muslimin ketika berlakunya al-malhamah (perang besar) ialah di suatu lembah subur di sudut kota yang dipanggil Dimasq (Damsyik). Dan ia adalah sebaik-baik kota di negara Syam”. (Riwayat Abu Daud). Syam terdiri daripada empat negara iaitu Syria, Jordan, Palestin dan Lubnan. Para sahabat nabi pun ramai di negara itu. Di Syria, ada lebih 10,000 pusara sahabat Nabi. Antara sahabat Nabi yang meninggal di Syria ialah Bilal bin Rabah, Khalid al-Walid, Muawiyah bin Abu Sufyan, Abdullah bin Ummi Maktum dan Abu Darda. Dari Abdullah bin Hawalah, dari Nabi SAW, baginda bersabda; Pada malam aku diisra’kan, aku melihat tiang-tiang putih seperti permata yang dibawa oleh para malaikat. Aku bertanya: “Apa yang kalian bawa?” Mereka menjawab: “Tiang-tiang al-Kitab. Tugas kami untuk meletakkannya di Syam.” Dan ketika aku tidur, aku (bermimpi) melihat tiang-tiang al-Kitab muncul dari bawah. Kemudian aku mengira bahwasanya ALLAH yang Maha Perkasa lagi Maha Tinggi menjelma bagi penduduk bumi. Maka penglihatanku mengikutinya. Ketika itu Dia adalah cahaya yang menerangi hadapanku hingga sampai ke Syam.” Kemudian Ibnu Hawalah berkata: “Wahai Rasulullah, wasiatilah aku!” Baginda bersabda: “Tinggallah di Syam.” (Riwayat at-Tabrani). Dalam sebuah hadis lain, daripada Ibnu Hawalah, daripada Nabi SAW, baginda bersabda bahawa ada tiga tentera di akhir zaman nanti iaitu tentera Iraq, Yaman dan Syam. Lalu sahabat bertanya; “Pilih yang mana?”. Nabi berkata, hendaklah engkau bersama dengan tentera yang berada di Syam. Hadis ini diriwayatkan oleh at-Tabrani.

APA KAITAN SYIRIA DENGAN TANDA AKHIR ZAMAN?


Jangan anggap rakyat syiria sebadai pemberontak tetapi mereka adalah rakyat yang hendak mempertahankan hak dan akidah mereka. Banyak media kata rakyat Syria pemberontak. Kita wajib mempertahankan Syria. Isu Syria adalah isu umat Islam sedunia. Kadang kala, kita hanya mengambil berat isu Mesir tetapi kita ketepikan penyembelihan yang setiap hari berlaku di Syria. Pesanan Ulama Palestin, Syeikh Raed Solah, selagi Damsyik tidak dibebaskan, jangan kamu mimpi Al-Aqsa akan dibebaskan. Bantulah mereka dengan dgn apa yang termampu dan jangan lupa doakan kemenangan untuk Islam.


FITNAH - FITNAH SEBELUM MUNCUL IMAM MAHDI

1400 tahun selepas tertumpasnya Khawarij di Nahwaran, kaum yang paling merasa diri mereka suci sehingga merasa mempunyai hak untuk membunuh sesiapa ini telah muncul tepat di jantung Timur Tengah.  Mereka muncul dalam bentuknya yang paling bengis. iaitu ISIS stau IS.

Daulah Islam Iraq dan Syria (yang sekarang berubah nama menjadi IS) menyimpang dari tanzhim al-Qaeda, sebuah gerakan jihad sunni yang menggegarkan dunia dan sempat goncang Amerika. Pemimipim mujahidin tidak menyokong ISIS dan menyatakan bahawa ISIS adalah khawarij moden yang menyimpang dan kini ISIS seolah beroperasi di Syria dan Iraq dan menyerang pelbagai puak mujahidin yang tidak selari dengan mereka.


IS ADALAH KHAWARIJ AKHIR ZAMAN

Manusia paling buruk dimuka bumi, menurut Nabi Muhammad saw, selain kaum pagan, atau kaum musyrik, atau kaum penyembah berhala atau ateis, Juga manusia yang paling buruk menurut Nabi saw, adalah mereka yang justru menjadi ahli ibadah, ahli sujud, ahli al-Quran dan ahli puasa tetapi merasa diri mereka paling baik dan merasa paling menjalankan syariah Islam.

Jika kita melihat orang besorban dan berjubah hitam kerana banyak sujud, jangan kagum terlebih dahulu, perhatikan, bagaimana aqidahnya, bagaimana manhajnya, apakah dia mudah mengkafirkan orang lain atau merasa kelompoknya yang paling baik? Jika jawapannya iya, boleh jadi orang tersebut sudah dijangkiti virus Khawarij. Mereka adalah manusia yang paling buruk kata Rasulullah.

Contoh khawarij dizaman ini yang suka mengkafirkan ummat islam yang tidak sependapat dengan mereka adalah SYI'AH DAN ISIS . Kaum yang merasa paling suci dan paling baik inilah yang diperangi khalifah Ali di Nahrawan. Mereka memang ditumpas habis oleh khalifah Ali, tapi embrio Khawarij tetap abadi sampai sekarang, dan kini telah nyata menjelma dengan topeng "daulah Islamiyah ISIS atau IS".

Seseorang yang didaulat sebagai Khalifah itu tidak boleh cuci tangan. Dia harus bertanggung-jawab atas tumpahnya darah kaum Muslimin, pembunuhan atas para pejuang Islam, dan terjadi konflik antar kaum Muslimin baik di Syria dan di Iraq. Banyak orang mengira, dengan telah menegakkan Daulah / Khilafah Islamiyah, mereka boleh bebas melakukan apa saja kepada umat manusia, tidak menuntut kesetiaan penuh, bebas mengambil hak-haknya. Ini adalah prasangka yang sangat buruk. Jika demikian, bererti Daulah / Khilafah adalan instrumen untuk menindas manusia. Padahal sebaliknya, dengan menegakkan Daulah / Khilafah Islamiyah bermakna mereka telah mengambil alih seluruh tanggung-jawab kehidupan kaum Muslimin.

Di hadapan Khilafah Islamiyah yang syar'i, Ummat Islam boleh meminta apa saja kepada Khalifah, sekali pun hanya meminta sebuah jarum. Jika dia tak memberikan, harus diberikan penjelasan tentang udzur-nya. Jika ada satu masalah, sekalipun hanya seseorang tertusuk duri, dia boleh mengadukan masalahnya ke Khalifah. Kerana memang fungsi Daulah / Khilafah adalah pelayan dan perlindungan kehidupan bagi kaum Muslimin. Dan satu lagi yang penting, mereka harus mula mengenakan Syariat Islam itu pada diri mereka dan keluarganya terlebih dulu.

Perkara ini jauh beza dengan IS. Mereka mengkafirkan kaum Muslimin Mujahidin yang tidak sehaluan dengan mereka dan menghalalkan darah para pejuang Mujahidin. Hal itu jelas-jelas disampaikan melalui kenyataan jurucakap mereka (ISIS). Salah satunya, dalam kenyataan yang bertajuk: "Udzron ya Amir Al Qo'idah." Malah sebelum itu, sang pemimpin jelas-jelas mengecam dan mensyukuri kehancuran Muhammad Mursi di Mesir kerana bagi mereka Mursi megamalkan politik demokrasi. Pada hal semua orang tahu demokrasi hari ini cuma tool yang untuk berjuang buat sementara. Selepas berkuasa penuh orang Islam akan membakul sampahkannya nanti.

Apa yang berlaku sekarang IS bukan menegak  Daulah Islamiyah untuk tujuan  menegakkan Syariat Islam tetapi atas dasar cita-cita POLITIK tersendiri.Jika mereka berniat menegakkan Syariat, maka terlebih dulu perlu ditunjukkan kepada diri mereka sendiri.

Nabi saw pernah didatangi Usamah bin Zaid untuk meminta keringanan bagi seorang wanita mulia yang telah mencuri, lalu Nabi tidak memberi keringanan apapun. Bahkan beliau berkata: "Lau saraqot fathimah Ibti Muhammad, la qotho'tu yadaha" (seandainya Fathimah putri Muhammad mencuri, aku sendiri yang akan memotong tangannya). Rasulullah memberi contoh penguatkuasaan Syariat Islam bermula dari diri dan keluarga beliau terlebih dulu.

Apa yang berlaku terhadap IS mereka bermusuhan sesama muslim. Mereka menggunakan nama Islam hanya untuk membohongi manusia. IS hampir melakukan semua kejahatan dan kebengisan sama seperti di abad-abad pertengahan. Mereka bukan hanya membunuh tawanan yang sudah menyerah bahkan melaksanakannya di depan wanita dan anak-anak. Mereka juga menyembelih, menyeksa, menyalib para mujahid yang mereka tawan dan para ulama. Perbuatan bengis ini melanggar prinsip-prinsip Islam yang paling asas. Mereka berniat mendirikan Negara Islam justru dengan melanggar syariat Islam. Membunuh orang tua, wanita dan anak-anak dilarang keras dalam Islam. Bahkan dalam keadaan perang sekalipun.Lihat fonomena dibawah, inikah yang di katakan Daulah Islamiah?? Ternyata mereka tertipu dengan syaitan.

SUDAH DEKATNYA KIAMAT ISIS_zpsejn2clkw
Perangai IS yang mabuk darah.
Ini bukan ajaran Islam.
Ini bukan Daulah Islamiah

CIRI-CIRI KHAWARIJ

Mereka menganggap solat kita tidak setanding dengan solat mereka, puasa kita dipandang tidak ada apa-apanya dibandingkan puasa mereka tetapi saat bersama mereka MENGKAFIRKAN sesiapa yang tidak sependapat dengan mereka. Selain itu, mereka berani menumpahkan darah sesiapa yang membangkang dengan mereka.

SEJARAH KHAWARIJ DI ZAMAN SAIDINA ALI RA

Berlaku di zaman saidina Ali, sahabat Nabi saw bernama Abdullah Bin Khabbab. Tubuh Abdullah bin Khabab itu diseret kemudian disiksa hingga tewas. Belum puas, Hubla isteri Abdullah mengalami nasib lebih tragis. Perutnya dibelah hidup-hidup dan isinya dikeluarkan. Keluarganya dari anak anak hingga orang tua juga siksa. Begitulah perilaku sadis yang dilakukan kaum Khawarij, kaum pembangkang dizaman pemerintahan Khalifah Ali Radhiyallahu'anhu, yakni sepupu dan sahabat Baginda Nabi saw. Peristiwa memilukan itu lalu menjadi alasan sahih bagi Sayyidina Ali untuk memulakan operasi tentera menumpaskan kaum Khawarij.

Sebelum perang melawan pembangkang khawarij di Nahrawan meletus, khalifah Ali mengutus sahabat besar Nabi Muhammad saw, Abdullah bin Abbas radhiyallahu'anhuma untuk berdialog dan menyiasat keadaan mereka.

Penjelasan Abdullah bin Abbas tentang ciri-ciri Khawarij: "Mereka adalah kaum yang menakjubkan dalam hal ibadah.  Nampak bekas-bekas sujud di dahi mereka.  Siang hari mereka berpuasa dan malam hari diisi dengan tahajjud dan membaca al-Quran.  Mereka adalah qori 'dan kaum penghafal al-Quran.  Tubuh mereka kurus dan pucat kerana banyak berpuasa.  Pakaian mereka kelihatan kasar dan menjauhi dunia.  Mungkinkah mereka tersesat? " Ketika mendengar penjelasan ibnu Abbas, sambil memandang kejauhan, Sayyidina Ali menjawab: "Wahai Ibnu Abbas, seandainya tidak ada aku (selepas Rasulullah), maka tidak ada seorang pun yang sanggup dan yakin melawan mereka. Tapi cukuplah sebagai bukti kebenaranku, bahawa esok selepas peperangan, tidak lebih 10 orang dari mereka yang masih hidup, dan tidak lebih dari 10 orang pasukanku yang binasa. " Ucapan Sayyidina Ali terbukti. Selepas perang, hanya 7 orang pasukan Ali yang syahid dan hanya 9 orang pasukan Khawarij yang hidup.

MUNCULNYA BANI TAMIM SEBELUM ZAHIRNYA IMAM MAHDI

Sebelum kemunculan Imam Mahdi, akan terlebih dahulu munculnya Panji Hitam dari Timur. Jarak kemunculan di antara Panji Hitam dan Imam mahdi adalah 72 bulan. Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanad daripada Muhammad bin Hanafiah dia berkata ;  "Akan muncul bendera hitam milik Bani Abbas (Bendera Syiah) kemudian akan muncul dari Khurasan bendera lain yang berwarna hitam,tutup kepala mereka hitam dan pakaian mereka putih..."hingga beliau berkata "Jarak antara kemunculannya dengan diserahkannya urusan kepada Al-Mahdi adalah 72 bulan." Ini bermakna, apabila "Panji Hitam" benar-benar memperlihatkan dirinya maka, umat Islam hanya ada 72 bulan sahaja sebelum menyaksikan pengzahiran Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu.

Kemunculan Imam Mahdi bakal disusuli dengan kemunculan Dajjal sebelum turunnya Nabi Isa as sebagai One Man To Unite Them All.

Kematian Raja Abdullah baru saja terjadi. Mengenai kematian Raja Abdullah' itu benar-benar berlaku di saat negara-negara Arab sedang dilanda Revolusi rakyat. Adakah akan berlaku perang saudara selepas ini dikalangan putera-putera Raja Abdullah. Adakah kuasa besar Amerika, Rusia akan masuk campur sehingga meletusnya Perang Dunia III. Ketika kekalutan itu adakah akan berlakunya pembaiah Imam Mahdi. Bagaimana dengan isu IS yang mengelirukan umat Islam hari ini??? Al Mahdi tidak mengangkat bakul sendiri tapi IS (Abu Bakar Al Baghdadi) mengangkat diri sebagai Al Mahdi. Inilah yang membuktikan IS sebagai puak Khawarij jika dirujuk dengan hadis sahih berkaitan ciri-ciri Al Mahdi. Dunia Islam hari ini penuh dengan seribu tanda tanya yang rumit. Menilai Al Mahdi bukan dengan terburu-buru tapi dengan ilmu yang mantap. Jika tersilap kita akan terpilih di jalan syaitan.

ABU Bakr al-Baghdadi kini dilantik sebagai Pemimpin Khalifah di Negara Islam oleh Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) juga dikenali Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).

Pada 29 Jun lalu, kumpulan ini mengisytiharkan kewujudan semula Kerajaan Khalifah selepas ia dimansuhkan sejak kewujudan Empayar Uthmaniyyah pada 1924.

SIAPAKAH ABU BAKAR AL BAGHDADI?

LATAR BELAKANG

Nama sebenar Abu Bakr ialah Ibrahim Awwad Ibrahim Ali al-Badri. Beliau juga dikenali sebagai Dr Ibrahim atau Abu Dua. Identitinya terjawab selepas beliau membuat ucapan. Tindakan itu dilihat sama seperti pernah dilakukan Osama Laden atau penggantinya, Ayman al-Zawahiri. Menurut catatan biografi ditulis pengikutnya, Abu Bakr adalah bekas guru dan ulama ternama. Beliau adalah graduan dari Universiti Islam Baghdad dan berkelulusan Doktor Falsafah (Pendidikan) dan arif tentang kebudayaan Islam, Ilmu Syariah dan Fiqah.

Abu Bakr yang fasih berpidato adalah keturunan bangsawan yang mempunyai hubungan luas dan pengaruh kuat di Diyala dan Samarra serta tokoh ternama dari penjihad Salafi. Bapanya, Syaikh Awwad adalah pemimpin disegani dalam suku mereka iaitu Al-Bu’Badri. Datuk Abu Bakr bernama Ibrahim Ali al-Badri pula terkenal dengan sikap pemurah.

Kepakaran Abu Bakr mempunyai kepakaran dalam ketenteraan terutamanya ketika menentang Amerika Syarikat (AS) selepas kematian Presiden Saddam Hussein pada 2003. Sepanjang konflik itu, beliau beberapa kali ditahan dan dibebaskan. Keghairahan beliau berjuang dikatakan memuncak ketika ditahan di Kem Bucca milik AS di Iraq pada 2007.

Ketika dibebaskan pada 2009, Abu Bakr pernah memberi amaran kepada AS dengan kenyataan: ‘Saya akan berjumpa anda semua di New York’ dan kenyataan itu membimbangkan AS hingga melabelkan beliau sebagai pengganas paling dikehendaki. Selepas dibebaskan, beliau bersama beberapa pengikutnya menubuhkan kumpulan Jama’ah Jaisy iaitu gerakan yang aktif di wilayah Diyala, Samarra dan Baghdad dengan beliau dilantik sebagai ketua.

Kumpulan itu kemudiannya bergabung dengan Majlis Syura Mujahidin yang sudah terwujud sejak Januari 2006. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ketua Kabinet Syariah serta Ketua Majlis Syura Negara Islam Iraq. Bagaimanapun Ketua Kumpulan Syura Mujahidin ketika itu diketuai Abu Omar Al-Baghdadi Al-Husseini Al-Quraysyi (Hamid Al-Zawi).

BILA ABU BAKAR AL BAGHDADI MENYERTAI ISIL, ISIS?

Pada 13 Oktober 2006, Majlis Syura Negara Islam Iraq bergabung dengan empat lagi kumpulan dan menamakan kumpulan itu sebagai Kumpulan Negara Islam Iraq (ISI) sebagai pengganti Al-Qaeda.Empat tahun kemudian, selepas Abu Omar dibunuh AS, Abu Bakr mengisytiharkan revolusi Syria bagi membolehkan Abu Bakr mengembangkan sayap kumpulannya.

Pada akhir 2011, Washington secara rasmi melabelkan Abu Bakr sebagai pengganas dan menawarkan AS$10 juta (RM32 juta) bagi sesiapa yang dapat menangkapnya. Abu Bakr kemudiannya menghantar Abu Mohammed al-Golani untuk mewujudkan Nusra Front bagi melawan rejim Presiden Syria, Bashar al-Assad.

Abu Bakr dan Ayman al-Zawahiri

Kejayaan Nusra Front merekrut ramai ahli memberi keyakinan kepada Abu Bakr untuk bergerak merentasi sempadan.Selepas pakatan gabungan dibentuk kumpulan itu mengelarkan mereka sebagai Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS). Bagaimanapun, penggabungan itu dianggap tidak sah kerana melanggar dekri Ayman al-Zawahiri (pengganti Osama Laden) dan Abu Bakr harus kembali ke Iraq.

Dalam temu bual di radio, Abu Bakr berkata, “Saya perlu memilih antara undang-undang ALLAH SWT dan undang-undang Al-Zawahiri, dan saya memilih undang-undang ALLAH SWT.” Sejak dari itu,  hubungan ISIS dan Al-Qaeda panas dan pada Februari 2014, Al-Qaeda mengeluarkan kenyataan kumpulan mereka tidak mempunyai kaitan dengan ISIS.

Pengaruh Abu Bakr di Syria

Pengaruh beliau amat kuat apabila dapat melebarkan pengaruh dan suaranya didengar oleh ahli dari peringkat akar umbi. Di bandar utara Raqqa, Syria, ISIS mengawal sepenuhnya bandar itu dengan menguatkuasakan undang-undang hudud. Keghairahan untuk menguasai beberapa bandar di Syria memadamkan sifat sebenar beliau sebagai ahli akademik seperti sebelum ini.

Ketika mahu menakluki beberapa bandar di Syria banyak nyawa terkorban termasuk wanita dan kanak-kanak. Namun siapa yang perlu dipersalahkan? ISIS iaitu kumpulan yang pada asalnya dari Iraq atau tentera Bashar yang mahu melindungi negaranya dari dirampas?. Seseorang pegawai penyiasat di Iraq memberitahu, sebilangan pemimpin organisasi dan bekas pemimpin hanpir tidak mengenali beliau kerana beliau kini memakai penutup muka.

Pengaruh Abu Bakr di Iraq dan potensi ke Asia

Satu pencapaian besar bagi ISIS adalah pada Jun lalu di mana kumpulan terbabit dapat menawan bandar kedua terbesar Iraq iaitu Mosul dan beberapa bandar kecil di utara negara itu. Tindakan terbabit mengundang kejutan terhadap kerajaan Perdana Menteri Iraq Nouri al-Maliki dan masyarakat antarabangsa. Oleh kerana tentera Nouri dan Assad mempunyai matlamat sama iaitu mahu menghapuskan ISIS maka ramai penganalisis berpendapat kumpulan itu mempunyai lebih berkuasa berbanding Al-Qaeda.

Pakar Keselamatan Timur Tengah Paul Sullivan dari Universiti Georgetown berpendapat, ISIS boleh mencapai kejayaan dengan perjuangan mereka. “ISIS semakin berpengaruh dan sukar untuk mengawal ahli-ahli mereka. Kumpulan ini berkembang dengan cepat termasuk di beberapa negara di Asia. Mereka bukan golongan yang mudah untuk berbincang,” katanya.

SUDAH DEKATNYA KIAMAT ABU%20BAKAR%20ALBAGDADI_zps7veiozha
ABU BAKAR AL BAGHDADI

IS yang mengklaim telah mendirikan khilafah dengan merujuk pada hadits berikut:

“Jika kalian melihat bendera hitam telah datang dari arah Khurasan, maka datangilah. Sebab di sana ada khalifah Allah, yakni (Imam) al-Mahdi.” (HR. Ahmad dan al-Hakim dari Tsauban Ra.).


Adalah tidak benar merujuk kepada satu hadis saja sebab munculnya bendera hitam tidak hanya sekali, sebagaimana hadis dari Ibnu Katsir:

“Bendera hitam ini bukanlah bendera yang dibawa oleh Abu Muslim al-Khurasani yang kemudian mengganti dinasti Bani Umayyah. Namun bendera hitam yang lain, yang akan datang mengiringi kedatangan al-Mahdi.” (Hasyiyah as-Sindi juz 7 halaman 446).

Umat islam perlu lebih berhati-hati jika merujuk amaran dari Saidina Ali kw;

“Jika kalian melihat bendera hitam, maka bertahanlah di bumi. Jangan gerakkan tangan dan kaki kalian. Kemudian akan muncul kaum lemah. Hati mereka seperti potongan besi. Mereka (mengaku) pemegang kekuasaan. Mereka tidak menepati janji. Mereka mengajak kepada haq namun mereka bukan orang yang benar. Nama mereka menggunakan kunyah (seperti Abu) dan nisbat mereka menggunakan nama daerah (seperti al-Baghdadi). Rambut mereka terurai seperti wanita, hingga mereka berselisih di antara mereka. Kemudian Allah mendatangkan kebenaran kepada yang dikehendakiNya.” (HR. Abu Nuaim dalam Kanz al-Ummal juz 11 halaman 283).

Pengakuan IS tidak bertepatan dengan hadis-hadis kemunculan Bani Tamim terlebih dahulu. Bani Tamim kemungkinan pejuang Mujahidn di Afghanistan.

Mengapa Afghanistan? Semasa perang melawan Russia ramai dari kalangan mujahidin yang berhijrah di Afghan pada tahu 80an. Kebanyakan keturunan Arab dan ada yang datang dari kalangan kabilah bani Tamim yang terdapat di Tanah Arab. Ada yang sudah beranak pinak di sana.

Dan setelah perang Afghan dan Russia tamat maka ramai dikalangan mujahidin keturunan Arab tu tidak boleh pulang ke Negara asal mereka kerana mereka pasti akan di tangkap oleh kerajaan masing2 . Lalu mereka ini tetap tinggal di bumi Afghan sehingga beranak pinak. Dan Afghan adalah terletak ditengah-tengah "Khurasan" seperti hadis Nabi saw bukan "Korasan" di Iran itu. Hanya Allah lebih mengetahui.

Sekiranya kita melihat di dunia sekarang, panji-panji Timur ini lebih nampak kepada pejuang-pejuang Afganistan, kerana ada banyak hadis tentang keadaan muka bumi yang bergunung-ganang, pasukan ini tidak pernah kalah dengan mana-mana pasukan, kita lihat pejuang-pejuang Afganistan tak pernah kalah sewaktu berperang dengan Rusia dan US. Sehinggakan sekarang US hampir putus asa di Afghan.

Tapi kenapa mujahidin Afghan tidak bersama dengan mujahidin bertempur di Syiria? Jawapannya mungkin belum TAKDIR Allah swt untuk mereka keluar kerana setiap kemunculan Bani Tamim dan al Mahdi telah ditetapkan oleh Allah swt bukan boleh keluar sebarangan. Semua ada dalam perancangan Allah. Ditilik sekarang segala yang berlaku di Syiria telah berjalan dengan tepat seperti hadis-hadis Nabi swt.

Satu hari nanti mujahidin yang berada di Syiria akan bergabung dengan mujahidin Afghan. Cuma kita mesti ingat kebanyakan mujahidin di Afghan datang dari keturunan Tanah Arab yang sudah beranak pinak Khurasan Afghanistan.

Kembali Ke Atas Go down
https://zalpermai.indonesianforum.net
 
SUDAH DEKATNYA KIAMAT
Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
ZAI PERMAI RESOURCES :: SUDUT MEREHAT MINDA :: BUMI SYIRIA TEMPAT MELETUSNYA AL MAHHAMAH KUBRA (PERANG DUNIA KETIGA)-
Navigasi: