ZAI PERMAI RESOURCES
ZAI PERMAI RESOURCES
ZAI PERMAI RESOURCES
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
GalleryIndeksLatest imagesPencarianPendaftaranLogin

 

 8 FAKTOR KEGAGALAN DALAM PERNIAGAAN

Go down 
PengirimMessage
Admin
Admin



Jumlah posting : 145
Age : 54
Location : kuala lumpur
Registration date : 24.12.07

8 FAKTOR KEGAGALAN DALAM PERNIAGAAN Empty
PostSubyek: 8 FAKTOR KEGAGALAN DALAM PERNIAGAAN   8 FAKTOR KEGAGALAN DALAM PERNIAGAAN EmptyWed 02 Oct 2013, 1:36 am


8 FAKTOR KEGAGALAN DALAM PERNIAGAAN

Satu perkembangan menarik di Malaysia apabila setiap tahun, lahir ramai usahawan berpendapatan tinggi tanpa mengira usia. Kisah kejayaan mereka banyak dipaparkan di media-media tempatan. Contohnya irfan khairi menjadi jutawan Internet pada usia 25 tahun. Usahawan kosmetik mencapai status jutawan pada usia 21 tahun. Pengusaha butik fesyen wanita catat jualan RM 430,000 sebulan.

Banyak lagi kisah kejayaan seperti di atas menjadi topik bualan di kalangan pemilik bisnes.Di sebalik kisah tersebut, ramai juga yang gagal. Lambakan testimoni kejayaan yang dipaparkan media menyebabkan ramai membuat kesimpulan menceburi perniagaan ialah satu jalan pintas untuk mencapai kekayaan.

Hakikatnya, di sebalik kejayaan seorang usahawan, terdapat 100 lagi kisah kegagalan disembunyikan. Disini disenaraikan 8 faktor utama pemilik bisnes di Malaysia tewas awal di dalam perniagaan. Faktor-faktor ini bukan mahu menakut-nakutkan pemilik bisnes, tetapi ia dijadikan panduan untuk menyusun langkah memanjat tangga kejayaan sepaya sampai ke puncak;

1 – Semangat palsu

Banyak pemain baru menceburi bidang perniagaan atas semangat untuk memiliki simbol mewah semata-mata. Motivasi mereka terletak pada kejayaan memiliki simbol-simbol tersebut. Apabila mereka berusaha bertahun-tahun dan masih gagal memiliki simbol tersebut, mereka cepat putus asa.

Pemilik bisnes seperti ini meletakkan kepentingan peribadi melebihi kepentingan bisnes mereka. Salah satu contoh tingkah laku mereka ialah, mereka menghabiskan sebahagian besar duit keuntungan syarikat untuk membeli simbol-simbol mewah supaya kelihatan kaya dari sudut luaran. Pada masa yang sama, kantung syarikat mereka miskin.

2 – Tidak cukup ilmu bisnes

Ilmu bisnes yang betul bakal mempengaruhi cara membuat keputusan dan mengurus sesuatu bisnes. Terjun tanpa ilmu ibarat memperjudikan nasib. Banyak pemain baru lebih ghairah melaburkan modal puluhan ribu untuk memulakan bisnes daripada menghabiskan RM 100 untuk membeli buku-buku bisnes yang ditulis oleh pakar industri.

Dengan ilmu, risiko untuk duit hangus dapat diminimakan. Banyak kisah tragis yang berlaku akibat jahil bisnes seperti

“Seorang guru kerugian duit pinjaman peribadi sebanyak RM 70,000 apabila butik pengantin yang dibuka tidak mendapat sambutan.”

“Seramai 50 peniaga mendakwa kerugian RM1.5 juta selepas ditipu sebuah syarikat yang menawarkan skim francais kedai serbaneka.”

Di dalam dunia bisnes, ada golongan tertentu suka mengambil kesempatan terhadap golongan yang baru berjinak-jinak di dalam bisnes. Semakin kurang ilmu orang tersebut, semakin mudah untuk diperdayakan mereka.

3 – Gelojoh membuat keputusan

Gelojoh di dalam membuat keputusan menyebabkan banyak tindakan awal yang tidak mengikut logik bisnes dilakukan. Pemilik bisnes seperti ini lazimnya membuat keputusan atas dasar ‘sangkaan yang baik-baik sahaja’. Lazimnya, keputusan ini di bawah pengaruh emosi ‘over-excited’.

4 - Memulakan bisnes dengan duit pinjaman

Menggunakan kemudahan pinjaman bank untuk memulakan bisnes akan meletakkan pemilik di dalam situasi tertekan. Fokus mereka bukan lagi untuk mengembangkan bisnes, sebaliknya membayar hutang. Ini menyebabkan wujud satu lagi ‘cabang tekanan’ yang tidak perlu pemilik bisnes tanggung pada peringkat awal. Duit pinjaman lazimnya digunakan untuk mengembangkan bisnes yang sudah stabil, bukan untuk memulakan bisnes.

5 – Menyamakan wang bisnes dengan wang peribadi

Tidak tahu membezakan wang bisnes dan wang peribadi menyebabkan bisnes lebih mudah pancit awal. Tindakan ini ibarat ‘mencuri’ wang syarikat sendiri. Apabila tiba saat jualan merudum dan syarikat memerlukan bajet tambahan untuk pemasaran, duit syarikat tidak cukup. Wang yang ‘dicuri’ itu pula sudah habis dibelanjakan atas keperluan dan kehendak peribadi.

 “Jika untung RM 1000, guna RM 100 sahaja. Bakinya simpan dan sampai masa laburkan balik untuk kembangkan bisnes. Ini cara jika mahu berniaga lama berpuluh-puluh tahun sampai jadi legasi.”

6 – Jangkaan palsu

Peringkat awal memulakan bisnes, sebahagian pemilik mengalami situasi ‘beginner’s luck’ iaitu jualan produk laku di luar jangkaan. Contohnya, sasaran awal jualan sebanyak RM 4000 meningkat drastik kepada RM 10,000 sebulan.

Ini adalah situasi biasa berlaku apabila menjual sesuatu produk yang menjadi ‘trend’. Walaupun dengan menggunakan satu saluran pemasaran dengan bajet yang minima, ia mampu menghasilkan jualan yang jauh melebihi sasaran awal.

Banyak pemilik bisnes yang mengalami situasi ini menjangkakan fenomena ‘jualan lebat’ ini akan berterusan hingga ke bulan-bulan seterusnya sehingga banyak duit dihabiskan kepada produk semata-mata.

Apabila graf ‘trend’ produk itu mula menurun, dan tiba masanya syarikat perlu menambah produk
baru atau mengembangkan saluran pemasaran, duit di dalam kantung syarikat tidak mencukupi. Produk lama pula masih banyak yang belum dijual. Permintaan semakin lama semakin menurun. Lama kelamaan bisnes terpaksa ditutup.

7 – Tidak berani mengambil staf kerana isu kepercayaan dan kos

Isu kepercayaan.

Apabila bisnes sudah berjalan lancar, mereka tidak berani menyerahkan sebahagian tugas mereka kepada staf kerana takut berlaku kes pecah amanah dan ‘rahsia-rahsia keuntungan mereka terdedah’.
Tindakan ini tiada kaitan dengan kepentingan bisnes. Jika diperhatikan, bisnes yang berkembang baik pada hari ini mempunyai ratusan malah ribuan staf yang bekerja membangunkan syarikat. Syarikat seperti ini juga tidak merahsiakan perolehan syarikat kepada semua warga kerja. Tidak mungkin bisnes itu boleh bertukar menjadi empayar gergasi jika di dalam pejabatnya itu hanya ada pemilik bisnes dan tukang sapu sahaja bertugas.
Pemilik bisnes yang berjaya pada hari ini mereka tidak takut menghadapi isu-isu pengkhianatan di dalam bisnes. Mereka faham sistem delegasi kerja yang mantap amat penting untuk bisnes berkembang. Oleh itu, mereka belajar bagaimana  mahu mengurus kepercayaan sesama rakan kongsi dan staf supaya kes-kes negatif dapat diurus dengan baik.

Isu kos
Tidak dinafikan mengambil staf melibatkan kos yang tinggi. Bayaran KWSP dan Socso juga perlu diambil kira. Tidak hairan sebahagian pemilik bisnes yang sudah berjaya pada hari ini sanggup memperuntukkan gaji bulanan lebih kecil daripada gaji staf pada peringkat awal memulakan bisnes. Mereka sanggup mengikat perut supaya mereka dapat membayar tenaga mahir.

Dengan ini, mereka dapat fokus untuk mengembangkan bisnes daripada masih membuat kerja-kerja teknikal. Banyak bisnes bungkus awal disebabkan terlalu berkira untuk mengambil tenaga pakar yang terbaik di pasaran. Pada masa yang sama, tidak pula mereka berkira jika duit itu digunakan untuk memenuhi kehendak peribadi seperti membayar wang pendahuluan kereta mewah, membeli gajet-gajet terkini dan lain-lain yang tiada kaitan dengan kepentingan dan survival bisnes.

8. Tidak ada peta perancangan spesifik

Bisnes tanpa perancangan ibarat sampan tanpa pendayung. Sebagai contoh, si A mula berjinak-jinak dengan menjadi pemborong baju kanak-kanak. Si A pun mensasarkan jualan tahun pertama sebanyak 200,000 helai. Namun, tiada perancangan spesifik yang dibuat oleh si A. Angka 200,000 itu tidak akan datang dengan keajaiban.

Salah satu contoh perancangan yang tidak dibuat ialah, si A tidak membuat saringan awal seperti pecahan jualan setiap wakil negeri atau daerah yang perlu dicapai dalam masa setahun. Pecahan-pecahan jualan lebih kecil juga tidak dilakukan seperti sasaran jualan setiap bulan, setiap hari atau setiap jam. Malah, berapa wakil jualan yang perlu dilantik untuk mencapai sasaran jualan juga tidak dianalisa.

Ini salah satu sebab sebahagian pemilik bisnes tempatan masih terkial-kial walaupun sudah lama berniaga. Semua analisa kekuatan tenaga kerja dan angka-angka sasaran hanya bermain-main di dalam kepala. Ia tidak dikaji, ditapis dan direalisasikan terlebih dahulu di atas kertas.

Salah satu cara ampuh untuk meminimakan risiko kegagalan di kalangan pemilik bisnes ialah dengan berguru. Ilmu bisnes yang betul akan memandu setiap pemilik bisnes supaya tidak membuat kesilapan-kesilapan besar. Kesilapan tetap berlaku tapi boleh guna method try and adjust bukan try and error.
Kembali Ke Atas Go down
https://zalpermai.indonesianforum.net
 
8 FAKTOR KEGAGALAN DALAM PERNIAGAAN
Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1
 Similar topics
-
» KANDUNGAN DALAM MADU ORGANIK
» Bahan-Bahan Dalam Perubatan Islam

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
ZAI PERMAI RESOURCES :: SUDUT MOTIVASI USAHAWAN :: ARTICLE-
Navigasi: